You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

17 tahun putar lagu Nike Ardilla

Harian Metro logo Harian Metro 19/3/2019 Agensi
Nike Ardilla, Nike Ardilla are posing for a picture: NIKE Ardilla meninggal dunia selepas kereta dipandu terlanggar konkrit jalan. -Foto Tribun Jateng © Provided by Media Prima NIKE Ardilla meninggal dunia selepas kereta dipandu terlanggar konkrit jalan. -Foto Tribun Jateng

SULAWESI: Sejak 17 tahun lalu, sebuah restoran di Wonomulyo, Polewali Mandar hanya memutarkan lagu penyanyi Nike Ardilla yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 1995.

Restoran yang turut diberi nama Nike Ardilla itu dibuka pada 2002 dan pemiliknya memasang lagu penyanyi popular Indonesia berkenaan setiap hari.

Malah, menurut Tribun Jateng, makanan serta minuman turut bersertakan judul lagu-lagu nyanyian Nike yang juga pelakon dan model dari Bandung.

Antara masakan kegemaran pelanggan adalah sate ayam Seberkas Sinar, ayam goreng Sandiwara Cinta, ayam bakar Nike Ardilla dan nasi goreng Bintang Kehidupan.

Nike yang popular menerusi lagu Bintang Kehidupan meninggal dunia pada usia 19 tahun selepas kereta dipandunya merempuh konkrit jalan di Bandung, kira-kira jam 3 pagi.

© New Straits Times Press (M) Bhd

More From Harian Metro

image beaconimage beaconimage beacon