You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Demi kos rawatan bapa, anak jual potret di media sosial

Projek MM logo Projek MM 19/3/2019 Tan Mei Zi
a person posing for the camera: Salah satu hasil lakaran potret Nur Aisyah Muhammad Fairuz yang tular di Twitter. — Foto ihsan Twitter/asheyyaa © Provided by Malay Mail Sdn Bhd Salah satu hasil lakaran potret Nur Aisyah Muhammad Fairuz yang tular di Twitter. — Foto ihsan Twitter/asheyyaa

PETALING JAYA, 19 Mac — Seorang gadis sanggup menangguhkan hasrat melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi demi mencari wang membayar bil perubatan bapanya.

Nur Aisyah Muhammad Fairuz, 20, menggunakan bakat terpendamnya menjual hasil lakaran potret untuk membiayai kos rawatan bapanya yang menghidap sakit buah pinggang, lapor mStar Online.

“Ayah saya menghidap penyakit kegagalan kedua-dua buah pinggang tahap empat dari tahun lepas dan dua tiga bulan ini, penyakit ayah makin teruk,” kata gadis lepasan Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM).

“Sejak ayah tidak bekerja dan berada di Hospital Selayang, saya juga menjual makanan takoyaki untuk tolong ibu saya.”

Aisyah memuat naik potret lukisan dan kisah bapanya di Twitter hingga mendapat perhatian hampir 17,000 ulang kicau dan lebih 4,000 tanda suka.

Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang seni lukis, Aisyah menawarkan harga serendah RM30 untuk satu lukisan potret dan RM50 bagi gambar berpasangan bersaiz A4.

Katanya selepas tular sejak 17 Mac lalu, beliau menerima lebih 70 permintaan daripada pelanggan.

“Ada juga yang baik hati ingin memberikan sumbangan namun saya menolaknya dan hanya menerimanya jika mereka ingin membeli potret hasil lukisan saya,” kata gadis asal Kampung Melayu Subang.

* Baca seterusnya di Malay Mail.

Related Articles Anak bongsu lukis imej mangsa tembakan di Christchurch, Aaron Aziz terharu Serik ditipu ejen, Awie tekad jual sendiri tiket konsert Persatuan penerbit filem sokong, anggap pelantikan Ahmad Idham ‘tepat’

More From Projek MM

image beaconimage beaconimage beacon