You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

4 kluster baru di Labuan, P Pinang, Selangor dan Sabah

Free Malaysia Today logo Free Malaysia Today 18/10/2020 Mohamad Fadli
Terdapat 27 kluster di Sabah, Selangor, Melaka, Terengganu, Sarawak, Perak, Labuan, Pulau Pinang, Kedah dan Kuala Lumpur yang masing-masing merekodkan tidak lebih 10 kes Covid-19. © Provided by Free Malaysia Today Terdapat 27 kluster di Sabah, Selangor, Melaka, Terengganu, Sarawak, Perak, Labuan, Pulau Pinang, Kedah dan Kuala Lumpur yang masing-masing merekodkan tidak lebih 10 kes Covid-19.

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan melaporkan 4 kluster baru di Labuan, Pulau Pinang, Selangor dan Sabah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia adalah kluster Bah Layangan di Labuan, Penjara Kepayan di Sabah, Alma di Pulau Pinang, Auto di Selangor.

Kluster Bah Layangan di Labuan turut dikesan ke Rembau, Negeri Sembilan, di mana kes indeks membabitkan seorang individu yang disaring selepas bergejala dan disahkan positif pada 10 Okt lalu.

Seramai 142 orang disaring setakat ini dengan 13 orang disahkan positif, 67 individu negatif dan 62 lagi menunggu keputusan.

Kluster Alma membabitkan daerah Seberang Perai Selatan dan Tengah di Pulau Pinang, dengan kes pertama membabitkan seorang individu yang disaring selepas menunjukkan simptom serta didapati positif Covid-19 pada 14 Okt lalu.

Seramai 183 orang disaring setakat ini dengan 7 daripadanya disahkan positif, 43 orang negatif dan 133 lagi menunggu keputusan.

Kluster Auto membabitkan daerah Petaling, Kuala Langat dan Klang di Selangor serta Seremban di Negeri Sembilan.

Kes indeks disahkan positif Covid-19 pada 15 Oct lalu hasil saringan seorang individu bergejala yang kemudiannya dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Saringan kontak rapat mengenal pasti 8 lagi kes positif dan punca jangkitan masih dalam siasatan.

Kluster Penjara Kepayan pula dikesan di Kota Kinabalu membabitkan seorang pesakit yang didapati positif Covid-19 pada 14 Okt lalu hasil saringan kemasukan ke Hospital Queen Elizabeth.

Seramai 170 orang disaring setakat ini, dengan 49 daripada disahkan positif dan 121 lagi negatif.

Kluster Penjara menyumbang 97 kes hari ini, membabitkan kluster Tembok (8), Penjara Reman (22), Seberang Perai (18) dan Penjara Kepayan (49).

Kluster lain yang mencatatkan jumlah kes banyak termasuk Tujuh Serangkai (25), Ramai-ramai (17) dan Tanamera (13) di Sabah.

Terdapat 27 kluster di Sabah, Selangor, Melaka, Terengganu, Sarawak, Perak, Labuan, Pulau Pinang, Kedah dan Kuala Lumpur yang masing-masing merekodkan tidak lebih 10 kes.

More from Free Malaysia Today

Free Malaysia Today
Free Malaysia Today
image beaconimage beaconimage beacon