You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Annuar ingatkan pemimpin runding agihan kerusi dengan bijaksana, bertimbang rasa

Free Malaysia Today logo Free Malaysia Today 2/8/2020 FMT Reporters
Annuar Musa wearing a suit and hat: Annuar Musa berkata, parti pembangkang perlu berunding jika mahu pertarungan satu lawan satu dengan Warisan. © Provided by Free Malaysia Today Annuar Musa berkata, parti pembangkang perlu berunding jika mahu pertarungan satu lawan satu dengan Warisan.

PETALING JAYA: Setiausaha Agung Umno, Annuar Musa mengingatkan pemimpin parti politik supaya bertimbang rasa dalam rundingan pengagihan kerusi, kurang 24 jam selepas mengkritik PPBM untuk Pilihan Raya Negeri di Sabah.

Katanya, pemimpin perlu bertimbang rasa, khasnya apabila mereka dalam “kedudukan untuk menyelesaikan masalah secara bersemuka”.

“Bertindak keterlaluan mungkin menyebabkan anda kurang efektif dalam rundingan sebenar. Sentiasa guna kebijaksanaan,” tulisnya di Twitter.

Semalam, Umno Sabah memberitahu sekutunya dalam Perikatan Nasional, ia mempunyai autonomi untuk bertanding di kerusi DUN negeri itu.

Katanya, ia mungkin mahu bertanding lebih 38 kerusi.

Terdahulu, PPBM dilaporkan mahu bertanding 45 kerusi. Ini menyebabkan Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan menggesa Ketua Sabah PPBM, Hajiji Noor “jangan mimpi”, menurut laporan Malaysiakini.

Dalam tweet malam tadi, Annuar berkata, PPBM boleh bertanding seberapa banyak kerusi yang dikehendakinya kerana itu hak mereka, tetapi Barisan Nasional juga boleh berbuat demikian.

“Namun kalau mahu ‘straight fight’ melawan Warisan, tentu kena berunding dan pastikan parti yang lebih kuat kita beri laluan untuk bertanding.”

DUN Sabah dibubarkan Khamis lalu yang memberi laluan kepada PRN yang perlu diadakan sebelum 29 Sept ini.

Terdapat 73 kerusi di DUN Sabah berbanding 60 kerusi sebelum ini. Tiga belas kerusi baru itu ialah Bengkoka, Bandau, Pintasan, Pantai Dalit, Darau, Tanjung Keramat, Limbahau, Tulid, Telupid, Sungai Manila, Lamag, Segama dan Kukusan.

Pada Pilihan Raya Umum 2018, Umno memenangi 17 kerusi, tetapi kini hanya berbaki kerusi Sungai Sibuga yang disandang Musa Aman, selepas 16 Adunnya menyertai Warisan dan PPBM.

Rabu lalu, Musa mendakwa beliau mempunyai majoriti mencukupi untuk membentuk kerajaan negeri baru, tetapi Yang di-Pertua Negeri, Juhar Mahiruddin bersetuju membubarkan DUN atas permintaan Ketua Menteri, Shafie Apdal.

More from Free Malaysia Today

Free Malaysia Today
Free Malaysia Today
image beaconimage beaconimage beacon