You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Azira idam watak aksi

Harian Metro logo Harian Metro 11/8/2022 Ridzuan Abdul Rahman
BERDEBAR nantikan reaksi peminat terhadap filem, drama yang bakal muncul tidak lama lagi. © Provided by Harian Metro BERDEBAR nantikan reaksi peminat terhadap filem, drama yang bakal muncul tidak lama lagi. mohamadridzuan@hmetro.com.my

CERITA Nur 3 Pagi yang kembali diulang siar menerusi slot Cerekarama TV3 baru-baru ini ternyata melonjakkan semula nama Azira Shafinaz di mata peminat.

Mereka yang tertinggal menontonnya sebelum ini terpaku di depan televisyen menyaksikan kesudahan drama menarik ini hingga ke babak akhir.

Bagi anggota De Fam ini, dia tetap bersyukur drama ini berjaya mengembalikan ingatan peminat terhadapnya.

"Alhamdulillah... sejujurnya ini cerita lama. Tak silap saya shooting pada 2017. Sekarang ditayangkan semula. Tak sangka ia bawa impak walaupun dah lama.

"Saya sekarang baru habis shooting drama bersiri 10 episod berjudul Ijab Kabut untuk viu.

"Dalam masa sama, saya sedang sibuk untuk promosi filem Air Force The Movie yang bakal ditayangkan pada 25 Ogos ini," katanya.

Menurutnya, dia masih aktif dalam lakonan dan baru-baru ini tampil dengan telefilem berjudul Bunga & Kayu di Astro First.

"Cuma buat masa sekarang, saya lebih selektif kerana perlu bahagikan masa untuk nyanyian dan juga bisnes sendiri.

"Tak lama lagi, ada dua drama series saya akan keluar iaitu One Cent Thief untuk Astro Originals dan juga Ijab Kabut untuk viu.

"Untuk filem pula, selain Air Force The Movie, filem Talbis Iblis insya Allah akan keluar tak lama lagi di pawagam. Ada juga dua telefilem yang belum keluar," katanya.

Puas dengan watak-watak yang dibawakan sebelum ini, Azira melahirkan keinginan membintangi filem aksi sekiranya berpeluang.

"Kalau ada rezeki saya memang nak melakonkan watak yang berbeza sikit daripada yang dibawakan sekarang. Saya percaya peluang itu ada walaupun mungkin agak lambat," katanya.

Menyedari perlunya pendapatan lain selain lakonan, Azira kini mempunyai bisnes sendiri iaitu @cookiejaofficial.

"Alhamdulillah ... tahun ini dah masuk setahun saya buat bisnes yang bermula sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lepas.

"Ketika itu, saya memang tak buat apa-apa di rumah, dan terfikir untuk mula berniaga di rumah. Selama ini pun saya memang teringin nak buat bisnes sendiri.

"Saya pilih bisnes makanan sebab semua yang rapat dengan saya tahu saya memang pencinta makanan. Kalau saya buat sesuatu bisnes itu, saya akan pastikan ia benda saya minat dan saya memang 'consume' sendiri.

"Resipi untuk cookies pun adalah resipi keluarga saya sendiri. Jadi cookies saya memang home bake! Sambutan pun agak memuaskan, alhamdulillah ...," katanya.

Mengulas perkembangan terkini De Fam pula, Azira berkata, trio yang turut dianggotai oleh Sophia Liana dan Cik Manggis ini akan tampil dengan single terbaru tidak lama lagi.

"Buat masa ini, saya tak boleh cerita banyak sangat mengenainya. Nanti bila dah siar, saya akan ceritakan yang selebihnya.

"Cuma doakan yang baik-baik untuk saya dan juga De Fam," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

More From Harian Metro

image beaconimage beaconimage beacon