You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

'...inilah kebimbangan saya' - Dr Noor Hisham

Harian Metro logo Harian Metro 2/8/2020 Muhaamad Hafis Nawawi
Hisham Abdullah wearing a suit and tie smiling at the camera: DATUK Dr Noor Hisham Abdullah. FOTO Arkib NSTP © Provided by Harian Metro DATUK Dr Noor Hisham Abdullah. FOTO Arkib NSTP mhafis@hmetro.com.my

"MARILAH kita belajar daripada negara lain supaya dapat mencegah daripada dilanda gelombang tsunami Covid-19 yang lebih dahsyat lagi dan inilah kebimbangan saya," kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Menurutnya, rakyat Malaysia disaran terus patuh kepada penjarakan fizikal, kerap cuci tangan dan pakai pelitup muka.

"Kurangkan berada di tempat awam dan duduk di rumah lebih selamat.

"Kita jaga kita, kita jaga keluarga kita, kita jaga masyarakat dan negara kita," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut berkongsi perangkaan tiga negara, iaitu Australia, Hong Kong dan Jepun yang mengalami lonjakan drastik kes Covid-19 sejak Jun lalu, walaupun berjaya mencatat penurunan ketara sebelum ini.

Malah, gelombang kedua penularan di negara terbabit menyaksikan peningkatan kes yang lebih tinggi berbanding Mac lalu.

Selain itu, Dr Noor Hisham berkata, kanak-kanak dua tahun juga tidak perlu memakai pelitup muka.

"Hal ini kerana kanak-kanak tidak pandai membuka pelitup muka kalau perlu," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

More From Harian Metro

image beaconimage beaconimage beacon