You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

KKM beri kelulusan bersyarat Remdesivir rawat COVID-19

Berita Harian logo Berita Harian 7/7/2022 Latifah Arifin
© Provided by Berita Harian latifah@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) bersetuju memberikan kelulusan pendaftaran bersyarat bagi produk anti virus Veklury Iyophilized powder for injection (Remdesivir 100 mg), keluaran Patheon Manufacturing Services LLC, Amerika Syarikat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kelulusan itu dibuat pada Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-374 yang bersidang hari ini untuk kegunaan semasa bagi rawatan COVID-19.

Beliau berkata, produk itu digunakan bagi merawat pesakit COVID-19 dalam kalangan dewasa dan kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas dengan berat sekurang-kurangnya 40 kilogram.

"Mereka yang boleh menggunakan produk ini terdiri daripada dua kategori. Pertama yang dimasukkan ke hospital.

"Kedua, yang tidak mendapat rawatan di hospital dengan gejala ringan hingga sederhana dan berisiko untuk mendapat gejala yang teruk. Ini termasuk pesakit yang dimasukkan ke hospital dan berisiko menyebabkan kematian," katanya yang turut memberitahu, pemegang pendaftaran produk itu di negara ini adalah Gilead Sciences Malaysia Sdn Bhd.

Dr Noor Hisham berkata, produk berkenaan bukan bertujuan menggantikan vaksinasi COVID-19, termasuk tindakan kesihatan awam khususnya berkaitan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

"KKM ingin memaklumkan bahawa kelulusan pendaftaran bersyarat ini memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk antivirus dipantau serta dinilai secara berterusan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa.

"Ia bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko (benefit over risk) bagi produk berkenaan kekal positif," katanya.

Jelasnya, KKM juga terus komited untuk mempertingkatkan akses rakyat kepada ubat–ubatan bagi tujuan rawatan atau pencegahan penularan COVID-19 di Malaysia, dengan memastikan ia dinilai dengan sewajarnya berdasarkan aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

More From Berita Harian

image beaconimage beaconimage beacon