You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Ku Li tak sertai bahas belanjawan selagi usul tolak Muhyiddin tidak dibentang

Free Malaysia Today logo Free Malaysia Today 22/11/2020 FMT Reporters
Tengku Razaleigh Hamzah wearing glasses: Tengku Razaleigh Hamzah enggan menyertai perbahasan Belanjawan 2021 selagi usul tidak percaya terhadap Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri dibentangkan di Dewan Rakyat. © Provided by Free Malaysia Today Tengku Razaleigh Hamzah enggan menyertai perbahasan Belanjawan 2021 selagi usul tidak percaya terhadap Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri dibentangkan di Dewan Rakyat.

PETALING JAYA: Tengku Razaleigh Hamzah memaklumkan tidak akan menyertai perbahasan Belanjawan 2021 selagi usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tidak dibentangkan di Dewan Rakyat.

Dalam suratnya kepada Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun, Ahli Parlimen Gua Musang itu menolak cadangan supaya beliau memohon kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan untuk diberi laluan membentangkan usul berkenaan.

Tengku Razaleigh atau dikenali Ku Li berkata cadangan Azhar itu melanggar Artikel 43 Perlembagaan Persekutuan dan tidak berasas kerana Takiyuddin sendiri adalah pihak yang terkesan dalam usul tidak percaya itu.

“Pada pandangan saya, (Takiyuddin) tiada apa-apa peranan dalam menentukan sama ada usul undi tidak percaya boleh dibentang atau tidak,” katanya menerusi sepucuk surat bertarikh 19 Nov kepada Azhar.

Ku Li turut menolak pendirian Azhar bahawa usul yang dibawanya berbentuk “persendirian,” justeru hanya boleh dibentangkan selepas aturan rasmi kerajaan selesai, atau, jika di beri laluan oleh pihak kerajaan.

“Sesuatu isu asas …iaitu keabsahan (Muhyiddin) memegang jawatan Perdana Menteri mengikut ketetapan perlembagaan… bukanlah usul persendirian tetapi melibatkan perlembagaan dan keabsahan Perdana Menteri sendiri.

Pada 14 Okt lalu, Azhar mencadangkan Ku Li berunding dengan Takiyuddin bagi membolehkan usul persendirian diberi keutamaan dan dibentang di Dewan Rakyat.

Ketika itu, Azhar berkata beliau terikat dengan Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat dalam menolak permohonan Ku Li untuk usul tidak percaya yang dibawa ahli Parlimen Langkawi, Dr Mahathir Mohamad diberi keutamaan untuk dibentang di Dewan Rakyat.

Dalam suratnya kepada Azhar, Ku Li menegaskan tidak ada Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang boleh menghalang usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri dibentangkan dengan segera dan justeru ia “harus dibahaskan pada sesi yang akan datang.”

Selagi Azhar tidak membenarkan keabsahan kerajaan Perikatan Nasional dibuktikan, Ku Li berkata beliau tidak akan menyertai perbahasan Belanjawan 2021.

“Memandangkan keabsahan kerajaan belum ditentukan, saya terikat dengan nurani dan ikrar saya dan maka tidak dapat turut serta dalam perbahasan belanjawan,” katanya.

More from Free Malaysia Today

Free Malaysia Today
Free Malaysia Today
image beaconimage beaconimage beacon