You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Mayat tergantung di jejantas

Harian Metro logo Harian Metro 5 days ago Nur Saliawati Salberi
ANGGOTA polis dan paramedik memeriksa lokasi lelaki OKU yang mati tergantung di tiang jejantas. FOTO ihsan polis © Provided by Harian Metro ANGGOTA polis dan paramedik memeriksa lokasi lelaki OKU yang mati tergantung di tiang jejantas. FOTO ihsan polis nursaliawati@hmetro.com.my

LELAKI orang kurang upaya (OKU) ditemui mati dalam keadaan tergantung di tiang jejantas di Melaka Sentral, pagi tadi.

Kejadian 4.37 pagi itu disedari pemandu Grab yang kebetulan melalui lokasi kejadian sebelum memaklumkan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, mayat lelaki berusia 46 tahun itu dijumpai dalam keadaan tergantung pada tiang sisi laluan naik jejantas.

“Pemeriksaan awal di lokasi menemui pasport milik lelaki terbabit dan tiket bas ekspres bertarikh semalam.

“Selain itu turut ditemui salinan permit kerja di Singapura serta telefon bimbit miliknya,” katanya ketika dihubungi.

Afzanizar berkata, pihaknya akan mengesan waris mangsa bagi proses pengecaman.

“Siasatan awal kes disiasat sebagai mati mengejut (SDR).

“Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka bagi proses bedah siasat untuk mengenal pasti punca sebenar kematian,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Lihat berita lain di MSN:

Ikan paus terbelit tali, minta tolong kaki pacing

Letak daging babi atas motorsikal

Lelaki maut ditimbus tanah

Bayi maut jatuh tingkat 5

More From Harian Metro

image beaconimage beaconimage beacon