You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Polis serbu syarikat terbit buku didakwa hina jata negara

Free Malaysia Today logo Free Malaysia Today 30/6/2020 Faiz Zainudin
a man smiling for the camera: Huzir Mohamed berkata, polis sudah mengenal pasti pereka grafik muka depan buku yang didakwa menghina jata negara itu. © Provided by Free Malaysia Today Huzir Mohamed berkata, polis sudah mengenal pasti pereka grafik muka depan buku yang didakwa menghina jata negara itu.

KUALA LUMPUR: Polis menyerbu sebuah syarikat penerbitan buku di Petaling Jaya yang mengeluarkan sebuah buku didakwa menghina jata negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir Mohamed berkata, Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) melakukan serbuan itu 3 petang tadi dan mendapati 1,000 naskhah buku sudah dicetak.

“Sejumlah 313 naskhah yang masih disimpan sudah dirampas dan 687 naskhah telah diedarkan setelah pembelian dibuat dalam talian,” katanya pada sidang media di Bukit Aman hari ini.

Beliau berkata, polis sudah mempunyai alamat syarikat percetakan buku itu dan siasatan sedang dijalankan.

“Kita juga dalam proses meneliti butiran buku tersebut. Siapa pereka grafik muka depan buku tersebut juga kita telah kenal pasti dan akan siasat.”

Katanya, setakat ini, polis menerima 32 laporan berhubung kes itu dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) (Pindaan) 2016, Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 8 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Terdahulu, buku bertajuk “Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia” mempamerkan satu logo mirip jata negara yang didakwa diubah suai dan dijadikan penghias muka depannya.

Logo itu mengandungi seorang kanak-kanak bogel di atas bulan dan bintang, bentuk 2 harimau diubah suai dan seekor buaya di bahagian bawahnya.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin berkata, polis sudah diarah menyiasat dan mengambil tindakan tegas berhubung buku yang didakwa menghina jata negara.

Katanya, Putrajaya tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana pihak yang melakukan perbuatan tidak patriotik dan bertanggungjawab.

More from Free Malaysia Today

Free Malaysia Today
Free Malaysia Today
image beaconimage beaconimage beacon