You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

PRN Sabah: PN perlu utama semangat kerjasama

Berita Harian logo Berita Harian 2/8/2020 Muhammad Yusri Muzamir
Shahidan Kassim wearing a suit and tie talking on a cell phone: Datuk Seri Shahidan Kassim © Provided by Berita Harian Datuk Seri Shahidan Kassim yusri.muzamir@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) diingatkan untuk terus mengutamakan kerjasama antara parti komponen bagi menjamin kemenangan gabungan itu, khususnya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata kepemimpinan parti komponen di Sabah seharusnya menggunakan saluran yang betul dengan baik bagi memastikan sebarang keputusan dapat disepakati.

"UMNO Sabah ada autonomi untuk membincangkan hal ini (PRN) dan Pengerusinya, Datuk Seri Bung Moktar Radin ada autonomi bagi menentukan calon.

"Mereka (BERSATU) boleh bincang di peringkat Sabah. Kalau mahu menang (pada PRN), jangan berpecahlah. Kalau bincang elok-elok tak ada masalah.

"Kalau mahu kalah, kita berlawanlah sesama sendiri. Bagaimanapun, saya ingat UMNO Sabah akan tentukan hala tuju seterusnya dan berharap bertanding untuk menang," katanya ketika menghubungi BH, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, yang menjelaskan parti itu akan meletak calon di 45 kerusi pada PRN akan datang.

PRN Sabah akan dijalankan dalam tempoh 60 hari selepas dibubarkan pada Khamis lalu.

Pembubaran itu diumumkan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, selepas mendapat perakuan daripada Yang di-Pertua Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Krisis politik Sabah mencapai kemuncak, apabila bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman dengan sokongan beberapa ADUN yang melompat, pada Rabu lalu, mendakwa mempunyai sokongan majoriti bagi membentuk kerajaan negeri.

Dalam pada itu, beliau yang juga Pengerusi Majlis Ahli Parlimen PN (PNBBC) dan keseluruhan Ahli Parlimen gabungan itu terus menyatakan sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

"Kerajaan Persekutuan hari ini, berterusan dengan sokongan Ahli Parlimen. Sekarang tak ada masalah dan berterusan dengan sokongan Ahli Parlimen sehingga pilihan raya umum," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

More From Berita Harian

image beaconimage beaconimage beacon