You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Rumah bocor, Anwar kenang masalah negara

Projek MM logo Projek MM 1/8/2020 Hasbullah Awang Chik
Anwar Ibrahim et al. posing for the camera: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata apa yang terjadi kepada rumahnya satu natijah jika masalah kecil membuat keruntuhan lebih besar. — Foto oleh Ahmad Zamzahuri © Provided by Malay Mail Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata apa yang terjadi kepada rumahnya satu natijah jika masalah kecil membuat keruntuhan lebih besar. — Foto oleh Ahmad Zamzahuri

KUALA LUMPUR, 1 Ogos — Terpaksa berpindah kerana kebocoran atap, Datuk Seri Anwar Ibrahim terkenang masalah negara.

Presiden PKR berkata apa yang terjadi kepada rumahnya satu natijah jika masalah kecil membuat keruntuhan lebih besar.

“Bulan lalu kami alami kejutan limpahan air di ruang tamu. Pembaikan sementara berjaya membendung kebocoran.

“Namun pembaikan menyeluruh di bahagian bumbung perlu disegerakan. Kini kami sibuk berkemas untuk berpindah kerana kerja pembaikan perlu disegerakan.

“Mengurus rumah samalah saperti mengurus negara. Kebocoran dan ketirisan dana awam wajib ditangani.

“Lebih parah manakala berlaku gelagat tebuk atap, negara akan alami kerosakan,” coretnya di Instagram.

Kerajaan negeri Sabah kini menjadi tumpuan selepas Tan Sri Musa Aman mendakwa memiliki cukup sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) untuk kembali memerintah.

 

Cubaan itu bagaimanapun digagalkan ketua menteri Datuk Seri Shafie Apdal yang berjaya memohon pembubaran DUN.

Related Articles ‘See you in court’, Zuraida tells PKR on RM10m claim Anwar: Many Malaysians falling through the cracks of partial loan moratorium extension ‘Dark days’ for Malaysia without Anwar in charge, Guardian op-ed says

More From Projek MM

image beaconimage beaconimage beacon