You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Runding MA63 dengan Sabah selepas PRN, kata PM

Free Malaysia Today logo Free Malaysia Today 6 days ago FMT Reporters
a group of people standing in front of a colorful umbrella: Dari kiri ke kanan: Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg, Muhyiddin Yassin dan Yang di-Pertua Sarawak Abdul Taib Mahmud pada sambutan Hari Malaysia di Sibu. (Gambar Bernama) © Provided by Free Malaysia Today Dari kiri ke kanan: Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg, Muhyiddin Yassin dan Yang di-Pertua Sarawak Abdul Taib Mahmud pada sambutan Hari Malaysia di Sibu. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Perdana Menteri Muhyiddin Yassin memberi jaminan Majlis Khas Mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang ditubuhkan pada 9 September akan mengadakan rundingan dengan Sabah selepas Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Saya percaya apabila kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri sehaluan, yang untung ialah rakyat. Insya-Allah, rundingan dengan Sabah akan kita mulakan selepas PRN Sabah selesai,” katanya merujuk kepada kejayaan Sarawak yang mencapai kata sepakat dengan Petronas mengenai minyak dan gas serta cukai jualan terhadap produk petroleum negeri itu.

Majlis Khas yang dipengerusikan oleh perdana menteri itu membincangkan isu berkait dengan hak Sabah dan Sarawak seperti termaktub dalam MA63.

Antaranya kedudukan Sabah dan Sarawak sebagai rakan sekutu, hak negeri bawah Perkara 112 Perlembagaan Persekutuan, MA63 dan Laporan Intergovernmental Committee, keselamatan negeri dan pendidikan.

Majlis Khas ini akan dibantu jawatankuasa sedia ada yang ditubuhkan di peringkat kementerian dan agensi persekutuan berdasarkan isu berkaitan.

“Kerajaan Perikatan Nasional sentiasa komited untuk memastikan hak Sabah dan Sarawak seperti mana yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 terpelihara,” kata Muhyiddin ketika berucap pada sambutan Hari Malaysia di Stadium Tertutup Sibu, malam ini.

Mengenai tuntutan Filipina terhadap Sabah, Muhyiddin berkata, kerajaan tidak akan tunduk terhadap sebarang desakan luar yang cuba mempertikaikan kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Malaysia.

Beliau berkata, kerajaan Pusat tidak berkompromi dalam soal membabitkan kedaulatan kedua-dua negeri itu.

“Soal kedaulatan wilayah juga akan terus kita pertahankan tanpa sebarang kompromi. Saya ingin tegaskan Sabah dan Sarawak akan terus kekal berada dalam Malaysia.

“Kerajaan persekutuan tidak akan tunduk kepada desakan mana-mana pihak yang cuba mempertikaikan kedaulatan negara kita,” katanya.

More from Free Malaysia Today

Free Malaysia Today
Free Malaysia Today
image beaconimage beaconimage beacon