You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Syed Mokhtar pihak ketiga mahu ambil alih FGV - Mazlan Aliman

Berita Harian logo Berita Harian 8/12/2019 Oleh Rafidah Mat Ruzki
Syed Mokhtar Al-Bukhary wearing a blue shirt: Syed Mokhtar didakwa mendalangi usaha terancang untuk mengambil alih kepentingan dalam FGV ketika ini. - Foto NSTP © Provided by Berita Harian Syed Mokhtar didakwa mendalangi usaha terancang untuk mengambil alih kepentingan dalam FGV ketika ini. - Foto NSTP fidahruzki@bh.com.my

SHAH ALAM: Ahli Perniagaan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary didakwa mendalangi usaha terancang untuk mengambil alih kepentingan dalam Felda Global Venture (FGV) Holdings Berhad ketika ini.

Ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Mazlan Aliman, ketika ucapan penggulungan pada Konvensyen Nasional AMANAH 2019 di sini, berkata isu FGV sebelum ini yang memusnahkan pentadbiran Barisan Nasional (BN), namun jika pengambilalihan itu dibenarkan ia akan mengundang akibat buruk kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Katanya, sebelum ini FELDA mempunyai aset dan simpanan yang besar sehingga hari ini hutangnya mencecah RM8 bilion.

Mazlan berkata, beliau masih ingat sebelum ini pernah bertemu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengetahui gerakan melawan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam isu FGV ini dan Perdana Menteri bersedia untuk berbuat demikian.

“Bila kita mengambil alih sedari awal saya dipanggil oleh Tun (Dr) Daim (Zainuddin) sebagai Pengerusi Penasihat dan saya cadang semula serta ingatkan kembalikan tanah ini kepada FELDA supaya dapat keselesaan kepada peneroka FELDA.

“Maaf, sampai hari ini kerajaan belum membuat apa-apa keputusan mengenainya, sehinggalah muncul, saya terpaksa sebut dalam majlis ini.

“Saya terpaksa sebut pihak ketiga itu. Ini maklumat yang diberikan kepada saya, pihak ketiga itu adalah Syed Mokhtar Al-Bukhary,” katanya.

Mazlan yang juga Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) berkata, esok Lembaga Pengarah FELDA akan menemui Dr Mahathir bagi berbincang mengenai pengambilalihan dalam FGV.

Justeru, katanya, beliau merayu kepada kerajaan pimpinan Dr Mahathir tidak membenarkan pengambilalihan itu selain mengembalikan tanah FGV kepada FELDA.

Beliau berkata, sokongan dan undi peneroka FELDA menjadi penyumbang terbesar kepada kemenangan PH pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) tahun lalu selepas memenangi 19 kerusi di 54 kawasan FELDA.

© New Straits Times Press (M) Bhd

More From Berita Harian

image beaconimage beaconimage beacon