You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Tempoh kempen PRN Sabah berakhir

Berita Harian logo Berita Harian 25/9/2020 Izwan Abdullah
a group of people sitting in front of a crowd: Antara orang ramai yang hadir pada Majlis Ramah Mesra ketika kempen Pilihan Raya Negeri Sabah di Dewan Terbuka Kampung Ulu Putatan pada 23 September lalu. - Foto BERNAMA © Provided by Berita Harian Antara orang ramai yang hadir pada Majlis Ramah Mesra ketika kempen Pilihan Raya Negeri Sabah di Dewan Terbuka Kampung Ulu Putatan pada 23 September lalu. - Foto BERNAMA bhnews@bh.com.my

KOTA KINABALU: Kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-16 yang bermula selepas selesai penamaan calon pada 12 September lalu, berakhir tepat jam 11.59 malam tadi.

Ini bermakna semua aktiviti kempen seperti ceramah, termasuk melalui media sosial, memasang poster dan menemui pengundi adalah dilarang bermula jam 12 tengah malam ini.

PRN Sabah Ke-16 diadakan berikutan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada 30 Julai lalu selepas Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin meluluskan permohonan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Pada PRN kali ini seramai 447 calon daripada 16 parti dan 56 calon Bebas bertanding untuk merebut 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

a close up of a sign © Provided by Berita Harian

© New Straits Times Press (M) Bhd

More From Berita Harian

image beaconimage beaconimage beacon