You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Tinggal sehelai sepinggang menjelang Syawal

Harian Metro logo Harian Metro 23/5/2020 Norsyazwani Nasri
a lit up city at night: ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran Kediaman keluarga nelayan di Kampung Muara Tebas. FOTO Norsyazwani Nasri © Provided by Harian Metro ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran Kediaman keluarga nelayan di Kampung Muara Tebas. FOTO Norsyazwani Nasri am@hmetro.com.my

SEMBILAN keluarga di Kampung Muara Tebas, Jalan Bako, Kuching menyambut ketibaan Syawal esok dalam suasana pilu apabila rumah mereka musnah terbakar awal pagi tadi.

Ketika kejadian jam 4 pagi itu, keluarga Abu Bakar Ja, 63, dan isteri Sophiah Beli, 62, serta tujuh yang lain termasuk anak, menantu dan cucu berusia dua hingga 46 tahun itu tinggal sehelai sepinggang.

Salah seorang penghuni yang juga menantu Abu Bakar, Mohd Hafizam Bakry, 33, berkata dia dikejutkan jeritan daripada jirannya mengatakan rumah mereka terbakar.

Katanya, dia menyedari api marak dengan cepat dan mengejutkan ahli keluarga yang sedang lena tidur untuk keluar menyelamatkan diri.

"Api marak dengan begitu cepat. Tidak sampai lima minit rumah kami musnah.

"Mujur kami semua sempat menyelamatkan diri tanpa sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi NSTP hari ini.

Katanya, walaupun tinggal sehelai sepinggang menjelang Hari Raya Aidilfitri esok keluarga mereka reda dengan ketentuan Ilahi.

"Tidak ada satu pun harta benda yang berjaya diselamatkan dalam kejadian ini.

"Semua persiapan dan persediaan menyambut raya musnah sekelip mata. Buat masa sekarang kami menumpang di rumah saudara-mara," katanya.

Katanya, kebakaran itu dipercayai berpunca daripada litar pintas dan anggaran kerugian sekitar RM100,000.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 4.05 pagi dan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya ke lokasi kejadian.

"Kebakaran memusnahkan 100 peratus sebuah rumah struktur tidak kekal itu. Api berjaya dipadam sepenuhnya jam 5.50 pagi dengan bantuan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Bako," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

More From Harian Metro

image beaconimage beaconimage beacon