You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Warga emas mati mengejut dalam kereta

Berita Harian logo Berita Harian 3/12/2019 Oleh Norizuan Shamsuddin
a group of people standing on top of a car: ANGGOTA polis mengangkat mayat mangsa, Din Abdullah, mati mengejut dalam kenderaan Proton Waja di Kampung Baru Merang. - Foto NSTP/Imran Makhzan © Provided by Berita Harian ANGGOTA polis mengangkat mayat mangsa, Din Abdullah, mati mengejut dalam kenderaan Proton Waja di Kampung Baru Merang. - Foto NSTP/Imran Makhzan norizuan@hmetro.com.my

SETIU: “Dia tidak memaklumkan apa-apa kepada saya. Dia hanya berhenti di tepi jalan secara tiba-tiba dan terus mati mengejut di tempat duduk pemandu.”

Demikian kata sahabat kepada Din Abdullah, 66, yang meninggal dunia di tempat duduk pemandu Proton Waja dipercayai akibat serangan jantung di Kampung Baru Merang, di sini, kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Wan Muhamad, 64, berkata ketika kejadian, dia bersama rakannya yang tinggal di Kampung Mengabang Telong, Kuala Nerus, dalam perjalanan dari arah Kampung Baru Merang menghala ke Kuala Terengganu untuk membeli arang di kedai berdekatan.

“Sewaktu dalam perjalanan, rakan saya itu hanya memandu seperti biasa dan tidak menunjukkan sebarang perubahan.

“Dia hanya memberhentikan kenderaan di tepi jalan sebelum didapati tidak sedarkan diri.

“Susulan itu, saya meminta bantuan orang awam yang berada berdekatan lokasi sebelum mereka menghubungi polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Setiu, Asisten Superintendan Burhanuddin Mustafa yang dihubungi, mengesahkan menerima maklumat kejadian itu.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi dan mayat dibawa ke Hospital Setiu untuk bedah siasat. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

More From Berita Harian

image beaconimage beaconimage beacon