You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Hiburan & Trend

Berfoto tepi kolam, Dayana, bekas juara dunia MotoGP ada apa-apa ke?

Projek MM logo Projek MM 5 days ago Aliff Fikri Aziz
Jorge Lorenzo in a pool of water: Pelakon Dayana Roza mengulang siar foto beliau bersama bekas juara dunia MotoGP Jorge Lorenzo di tepi kolam di Bali. — Foto ihsan Instagram/Jorge Lorenzo 99 © Provided by Projek MM Pelakon Dayana Roza mengulang siar foto beliau bersama bekas juara dunia MotoGP Jorge Lorenzo di tepi kolam di Bali. — Foto ihsan Instagram/Jorge Lorenzo 99

KUALA LUMPUR, 3 Dis — Dunia hiburan tanah air tidak pernah sepi dari kontroversi mahupun gosip-gosip panas membabitkan selebriti sama ada lelaki atau perempuan.

Terbaru, pelakon Dayana Roza, 28, mengemparkan pengikutnya apabila beliau mengulang siar foto mesra tepi kolam bersama bekas juara dunia MotoGP Jorge Lorenzo di Bali.

“Senang dapat jumpa awak juga. Seronok boleh bersembang lagi,” tulis hantaran Instagram tersebut.

Berdasarkan gambar, juara dunia tiga kali berasal dari Sepanyol kelihatan tidak memakai baju manakala Dayana mengenakan pakaian seakan-akan bikini.

Memperoleh lebih 16,000 tanda ‘suka’, hantaran tersebut mendapat perhatian rakan artis termasuk Tiz Zaqyah, Adeline Tsen dan Sheila Rusly.

Sementara itu, ramai pengikut pelakon Minah Moto turut meninggalkan pelbagai komen termasuk ada yang mendoakan mereka ke jinjang pelamin serta memohon Lorenzo menukar nama kepada “Ahmad Amran Lorenzo”.

Gambar tersebut awalnya terlebih dulu dimuat naik Lorenzo, 32, melalui akaun Instagramnya pada hari sama. Semakan mendapati pasangan itu bertemu di hotel lima bintang iaitu Alila Seminyak.

Tidak pasti sejauh mana hubungan mereka, Lorenzo sebelum ini didakwa beliau ada hubungan dengan pelakon Indonesia, Nikita Mirzani.

Malah bintang filem Jakarta Undercover pada 23 November lalu memuat foto mencium pipi Lorenzo.

Related Articles Aya Soffya nama cahaya mata ketiga Wawa, Aeril Atlet wushu sumbang emas pertama Sukan Sea Manila Sukan SEA: Atlet Islam selesa, ada makanan halal, bilik solat

More From Projek MM

image beaconimage beaconimage beacon