You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Hiburan & Trend

Jika ada Ejen Ali versi nyata, Neelofa mahu jadi Dayang

Projek MM logo Projek MM 3/12/2019 Aliff Fikri Aziz
a person wearing a red hat and looking at the camera: Wajah selebriti Neelofa dan watak Dayang dalam filem animasi Ejen Ali dikatakan mirip. — Foto ihsan Twitter/Izzuan Adnan © Provided by Projek MM Wajah selebriti Neelofa dan watak Dayang dalam filem animasi Ejen Ali dikatakan mirip. — Foto ihsan Twitter/Izzuan Adnan

KUALA LUMPUR, 3 Dis — Strategi menayangkan filem animasi “Ejen Ali” pada di musim cuti sekolah nampaknya menjadi berikutan kartun itu sudah memperoleh kutipan RM6.4 juta dalam masa hanya tiga hari.

Ditayang pada 164 pawagam termasuk Brunei dan Singapura, filem keluaran Primeworks Studios dan Wau Animation sehingga kini terus mendapat sambutan hebat orang ramai.

Sehubungan itu, seorang pengguna mencadangkan agar kartun tersebut dibuat secara nyata. Menariknya, Izzuan Adnan memohon agar pengacara dan pelakon Neelofa, 30, diberikan peranan.

“Kalau ada Ejen Ali dalam kehidupan nyata, saya mahu Neelofa sebagai Dayang,” tulisnya di Twitter.

  

Tanpa disangka, hantaran itu mendapat perhatian selebriti berasal dari Pasir Mas, Kelantan yang menyukai “idea” tersebut.

“Saya suka idea itu. Dengarnya ada ulasan yang bagus mengenai filem itu,” kata bekas pemenang “Dewi Remaja” 2010.

“Patutkah saya bawa Inara (anak saudaranya) untuk menontonnya?” kata pelakon “Suri Hati Mr Pilot” yang dikongsi hampir 10,000 pengguna.

Berbalik kepada catatan Izzuan, beliau turut memuat naik dua keping gambar Neelofa dan Dayang secara bersebelahan.

Foto itu menunjukkan wajah mereka mirip, malah beliau mengenakan tudung kepala berwarna merah yang agak sama.

Ejen Ali mengisahkan perisik kanak-kanak yang ditugaskan agensi Meta Advance Tactical Agency (MATA) sebagai pelindung kota futuristik Cyberjaya dari sebarang ancaman.

Related Articles KH Chai belajar jawi dari Youtube, pertandingan kaligrafi Cina, Tamil meriah Kucing dihumban ke laut nyaris lemas, mujur ada budak jadi penyelamat Lelaki pertaruh nyawa alih besi tengah jalan

More From Projek MM

image beaconimage beaconimage beacon