You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

‘Kami sakit hati’, Pavithra jelas sebab padam semua video di YouTube (VIDEO)

Projek MM logo Projek MM 31/7/2020 Jamilah Kamarudin
a person preparing food in a bowl: S. Pavithra dan suaminya M. Sugu ketika merekod video masakan nasi briyani di rumah mereka di Sungai Siput, 8 Mei 2020. — Foto Bernama © Provided by Projek MM S. Pavithra dan suaminya M. Sugu ketika merekod video masakan nasi briyani di rumah mereka di Sungai Siput, 8 Mei 2020. — Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 31 Julai — YouTuber masakan terkenal, S. Pavithra menjelaskan masalah dalaman keluarga melibatkan wang menjadi punca utama konflik sehingga mengakibatkan suaminya M. Sugu didakwa di mahkamah.

Tampil mempertahankan suaminya, Pavithra, 28, berkata warga maya salah anggap dan menyalahkan Sugu, 29, kerana menimbulkan masalah dalam rumahtangga baru-baru ini.

“Keluarga menjadi masalah sebab duit dan tak sokong selama ini. Dah kahwin tujuh tahun keluarga tak sokong.

“Selepas dah ada duit dan berjaya mereka muncul dan pinjam duit dengan suami saya.

“Memang salah Sugu, Sugu dah minum tapi bukan pemabuk,” jelasnya dalam video terbaru di YouTube “Sugu Pavithra” yang dimuat naik malam tadi.

Katanya insiden itu menyebabkan mereka sakit hati lalu memadam semua video masakan yang antaranya mencecah jutaan tontonan.

Namun beliau meminta maaf dan berjanji untuk memuat naik semula video yang dihasilkannya sejak Januari lalu dengan secepat mungkin.

“Kami faham masalah ini terjadi sebab duit, sebab itulah kami sakit hati dan padam video lama.

“Kami harap keadaan bertambah baik dan video yang dipadam akan dimuat naik balik, dan berharap keluarga kami bertambah baik,” katanya.

Sebelum ini terdapat laporan yang mendakwa Sugu memukul Pavithra di Hospital Raja Permaisuri Bainun Hospital, Ipoh, Perak minggu lalu kerana tidak berpuas hati namanya tidak disebut ketika isterinya menerima anugerah.

Menafikan dakwaan itu, katanya media merumitkan lagi keadaan dengan menyiarkan berita palsu tentang mereka berdua.

Beliau sekali lagi bertegas menolak tawaran menjadi ikon Anak Bandar Raya Ipoh kerana baginya kejayaannya itu melibatkan hasil usaha bersama suami.

“Saya harap ada YouTubers Perak lain yang lagi layak dan saya belum layak jadi ikon Perak,” katanya yang kini mempunyai 799,000 pengikut di YouTube.

Replay Video

Related Articles Cooking sensation Pavithra opens up on husband’s armed attack, rues ‘problems’ that come with fame (VIDEO) Malaysian YouTube star S. Pavithra is back with goat bone dalca recipe (VIDEO) Sugu Pavithra kembali di YouTube, kongsi resepi juadah Aidiladha

More From Projek MM

image beaconimage beaconimage beacon