You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Hiburan & Trend

Kang Daniel direhatkan

Harian Metro logo Harian Metro 4/12/2019 Georgie Joseph
a close up of a boy: KANG Daniel © Provided by Harian Metro KANG Daniel georgie@hmetro.com.my

ANNYEONGHASEYO!!! Pelbagai musibah yang menimpa artis Korea Selatan baru-baru ini semestinya merunsingkan banyak pihak. Apalagi berita kematian beberapa selebriti yang dikaitkan masalah kesihatan mental.

Terkini, agensi Kang Daniel iaitu KCONNECT Entertainment pula memutuskan untuk merehatkan penyanyi terbabit. Keputusan itu dibuat disebabkan penyanyi berkenaan dikhabarkan mengalami masalah kesihatan.

Masalah berkenaan turut menjadi punca penyanyi itu tidak dapat menjayakan acara membabitkannya, baru-baru ini. Ini termasuk prarakaman program Show Champion terbitan MBC Music.

Menurut kenyataan rasmi dikeluarkan agensinya, Kang Daniel turut ke hospital selepas kesihatannya bertambah tenat. Ternyata, penyanyi itu mengalami penyakit mental dan perlukan rawatan serta rehat.

“Sejak awal tahun ini, Kang Daniel pergi hospital selepas mengalami masalah kesihatan disebabkan sistem imunisasi lemah selain keresahan. Sejurus pemeriksaan terperinci, dia disahkan mengalami kemurungan dan gangguan panik.

“Disebabkan itu, dia perlu fokus kepada rawatan psikoterapi dan pengambilan ubat berterusan,” kata agensinya.

Kata kenyataan itu, Kang Daniel cuba berusaha untuk tidak tunduk kepada masalah kesihatannya sepanjang bekerja. Bagaimanapun, ternyata perkara itu hanya tambah memudaratkan keadaannya.

“Meskipun Kang Daniel cuba sehabis baik untuk bertahan dan tidak goyah dengan keadaannya, simptom keresahan semakin jelas padanya kebelakangan ini. Kami sepakat dia perlu direhatkan secukupnya dan kesihatan serta keselamatannya perlu didahulukan,” kata agensi itu.

KCONNECT juga memohon maaf kepada semua pihak yang terkesan dengan perkara tidak diduga itu. Agensi itu menjelaskan alasan utama mereka tidak lain mendahulukan kesihatan artis naungan terbabit.

“Kami terpaksa batalkan prarakaman Show Champion yang sepatutnya dibuat hari ini (semalam). Dia tidak mampu menjayakan aktiviti seni sekarang dalam keadaan yang normal dan amat sukar untuknya mempromosikan single terbaharunya, Touchin.

“Kami benar-benar memohon maaf kepada peminat, stesen penyiaran, media dan semua pihak atas berita mengejut ini. Kami akan berbuat sehabis baik untuk memastikan Kang Daniel kembali sihat,” kata agensi itu.

Agensinya turut meminta semua pihak supaya tidak menimbulkan sebarang spekulasi terhadap berita berkenaan.

“Kami memohon anda semua jangan membuat sebarang spekulasi dan menimbulkan salah faham mengenai kesihatan dan aktiviti akan datang Kang Daniel. Kami akan sediakan perkembangan mengenai kesihatannya dari semasa ke semasa,” demikian makluman itu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

More From Harian Metro

image beaconimage beaconimage beacon