You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

'Kenali siapa kami sebenarnya'

Harian Metro logo Harian Metro 1/8/2020 Najiy Jefri
a group of people posing for a photo: BUKU Merias papar kisah benar secara jujur babitkan semua anggota K-Clique. © Provided by Harian Metro BUKU Merias papar kisah benar secara jujur babitkan semua anggota K-Clique. najiy.jefri@hmetro.com.my

KUMPULAN hip hop popular, K-Clique bakal melancarkan buku biografi mengenai perjalanan karier seni setiap anggota kumpulan itu sejak 2014 berjudul Merais.

Menurut anggotanya, MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin Hamdan, buku yang bakal diterbitkan itu akan menceritakan segala kisah dalaman kumpulan berkenaan.

"Buku ini kami sendiri yang tulis dan disunting serta diperkemaskan oleh pengarang dilantik. Menerusi buku ini, setiap ahli kumpulan ada kisah mereka yang tersendiri.

"Apa yang boleh saya katakan, buku ini menceritakan kisah benar kami dengan penuh jujur. Kami nak pembaca kenal siapa kami sebenarnya dan harap dapat memberi inspirasi," katanya ketika ditemui pada majlis pembukaan rasmi Atsky Dine Chill And Event di Damansara, baru-baru ini.

Majlis pembukaan Atsky Dine Chill And Event diilancarkan pengacara, Datuk AC Mizal di samping pengarah urusannya, Ali Ikhwan Mohd Noordin.

Selain MK, K-Clique turut dianggotai Tuju, Noki, SoMean, KDeaf, FareedPF, Gnello dan NastyNas.

MK berkata, judul buku biografi itu dipilih bersempena dengan single terbaharu mereka berjudul Merais.

"Insya-Allah dalam tempoh beberapa bulan ini kami akan lancarkan buku ini. Tajuk buku ini sama dengan single terbaharu kami iaitu Merais. Secara umumnya, buku ini menjelaskan mengenai bagaimana kami bermula dalam bidang muzik.

"Ramai yang ingin tahu mengenai K-Clique dan bagaimana kumpulan ini boleh tertubuh dan dikenali," katanya.

Dalam pada itu, Tuju pula menyatakan lagu terbaharu mereka yang turut menggunakan tajuk Merais sudah mendapat sambutan hangat peminat sehingga menjadi sohor kini (trending) nombor satu di YouTube.

Sejak dimuat naik di saluran YouTube rasmi K-Clique pada 17 Julai lalu, ia sudah mencatat lebih 2.5 juta tontonan.

"Kami pun tidak sangka dengan sambutan ini, masih ramai lagi yang meminati lagu K-Clique. Biarpun pernah terpalit dengan beberapa isu, peminat masih menyokong kami.

"Merais bermaksud mengumpul. Jadi, kami kumpul segala kisah perjalanan hidup K-Clique dan diterjemahkan menjadi sebuah lagu. Kami harap single terbaharu ini dapat diterima ramai dan digemari seperti lagu kami sebelum ini," katanya.

Tuju berkata, anggota K-Clique yang masih menetap di Sabah akan berhijrah ke Kuala Lumpur bagi memudahkan urusan kerjaya seni mereka.

"Buat masa ini hanya saya dan MK saja tinggal di Kuala Lumpur. Namun, kami sudah ada perancangan membawa ahli lain tinggal di Kuala Lumpur untuk memudahkan proses kerjaya seni.

"Kami mahu kehadiran kami terus mewarnai industri muzik. Oleh itu, ada beberapa perkara yang perlu kami buat untuk memastikan semuanya berjalan lancar," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

More From Harian Metro

image beaconimage beaconimage beacon