You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Hiburan & Trend

Selepas Sulli, Goo Hara kini Cha In Ha pula ditemui mati

Free Malaysia Today logo Free Malaysia Today 3/12/2019 FMT Reporters

a person posing for the camera © Provided by Free Malaysia Today Selepas kematian dua selebriti K-Pop terkenal, Sulli dan Goo Hara, dunia hiburan sekali lagi dikejutkan dengan kematian ahli kumpulan Surprise U, Cha In Ha.

Memetik laporan AllKpop, pelakon drama “Love With Flaws” yang sedang ditayangkan di televisyen seluruh Korea Selatan itu ditemui mati hari ini.

Bagaimanapun, sehingga kini belum ada sebarang butiran lanjut mengenai lokasi atau masa kematian pelakon itu.

Malah, pihak polis sedang giat menjalankan siasatan mengenai punca kematian bintang K-Pop itu.

Dalam pada itu, Cha In Ha yang berusia 27 tahun itu sempat menyampaikan mesej terakhir menerusi sebuah posting di laman sosial Instagram miliknya pada Isnin.

Berdasarkan posting berkenaan, Cha In Ha yang memakai jaket kulit berwarna hitam dilihat sedang menikmati minuman panas di sebuah kafe.

a person sitting at a table © Provided by Free Malaysia Today “Hati-hati jangan sampai dijangkiti selsema,” tulisnya.

Rata-rata peminatnya berasa terkejut dan melahirkan rasa sedih terhadap kematian aktor itu malah ada yang mengharapkan berita kematian itu adalah palsu.

Sementara itu, agensi Fantiago Entertainment sehingga kini belum mengeluarkan sebarang kenyataan namun menjelaskan masih menyiasat kesahihan berita berkenaan.

“Kami maklum mengenai berita itu namun sedang menyiasat kebenarannya,” katanya.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com

More from Free Malaysia Today

Free Malaysia Today
Free Malaysia Today
image beaconimage beaconimage beacon