You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Hiburan & Trend

Wanita fail saman, tuntut ibu dibenar sertai Ratu Dunia

Berita Harian logo Berita Harian 3/12/2019
BEKAS Ratu Ukraine, Veronika Didusenko. - Foto Reuters © Provided by Berita Harian BEKAS Ratu Ukraine, Veronika Didusenko. - Foto Reuters

KIEV: Bekas Ratu Ukraine yang ditarik balik gelaran dan dilarang menyertai pertandingan Ratu Dunia kerana sudah menjadi ibu memfailkan tindak undang-undang terhadap penganjur, menuntut perubahan pertandingan.

“Kami menuntut perubahan peraturan @missworld, bagi membolehkan semua wanita mengambil bahagian,” kata Veronika Didusenko, 24, di Instagram semalam selepas melancarkan kempen #righttobeamother.

Didusenko dimahkotakan Ratu Ukraine pada 2018, tetapi gelaran itu ditarik balik selepas penganjur mendapati beliau mempunyai anak lelaki berusia lima tahun dan tidak layak bertanding untuk gelaran Ratu Dunia.

“Alasan saya tidak dibenarkan bersaing pada pertandingan Ratu Dunia selepas menang gelaran Ratu Ukraine adalah kerana saya sudah berkahwin dan mempunyai anak,” katanya dalam Instagram.

Peraturan Ratu Dunia melarang ibu dan wanita berkahwin mengambil bahagian dalam pertandingan dan mewajibkan peserta menandatangani perjanjian.

Didusenko menuduh penganjur mengamalkan diskriminasi dan berkata pertandingan ratu cantik dunia seolah-olah tersekat dalam zaman kegelapan.

“Saya tidak mahukan mahkota itu semula.

“Saya mahu peraturan diubah untuk masyarakat lebih luas,” katanya.

Pusingan akhir pertandingan Ratu Dunia tahun ini akan diadakan di London pada 14 Disember.

Ukraine akan diwakili pelajar undang-undang, Margaryta Pasha. — Agensi

© New Straits Times Press (M) Bhd

More From Berita Harian

image beaconimage beaconimage beacon