You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Hiburan & Trend

Ziana Zain nafi hasut anak benci bekas suami

Harian Metro logo Harian Metro 23/5/2020 Farihad Shalla Mahmud
Ziana Zain wearing a white shirt and smiling at the camera: ZIANA Zain. FOTO Arkib NSTP © Provided by Harian Metro ZIANA Zain. FOTO Arkib NSTP am@hmetro.com.my

"TAK benar sama sekali," kata penyanyi popular, Ziana Zain, 52, menafikan dakwaan dia menghasut anak-anak supaya membenci dan menghalang bertemu dengan bapa mereka yang juga bekas suaminya, Armin Zaharin Ahmad Zambri.

Ziana yang kecewa dengan tuduhan tidak berasas itu berkata, adalah mustahil untuk dia memisahkan kasih sayang seorang bapa dengan anak-anak hanya kerana berlaku perceraian antara mereka.

"Saya terdengar cakap orang mendakwa saya tidak membenarkan anak-anak bertemu dengan bekas suami. Itu tidak benar sama sekali. Perceraian berlaku hanyalah antara saya dan dia, anak tidak seharusnya menerima hukuman atas apa yang terjadi antara kami.

"Saya sering bertanyakan pada anak-anak, apakah mereka ingin bertemu dengan bapanya. Saya tak mahu mendera emosi mereka hanya kerana perasaan dendam atau amarah terhadap bekas suami.

"Cuma buat masa ini, anak-anak belum bersedia dan memerlukan masa untuk bertemu bapa mereka. Saya faham perasaan mereka dan jika satu hari nanti mereka menyuarakan hasrat mahu bertemu, saya akan mengizinkannya," katanya.

Ziana atau nama sebenarnya, Siti Roziana Zain berkata, jauh di sudut hati, terbit rasa sedih apabila mengenangkan nasib anak-anak yang terpaksa menempuh kehidupan tanpa seorang bapa di sisi.

"Saya seorang anak yang rapat dan manja dengan bapa. Jadi, bila mengenangkan nasib anak-anak saya sendiri yang terpaksa membesar tanpa bapa, saya rasa sangat sedih. Dalam usia masih mentah, mereka perlu melalui pengalaman seperti ini.

"Namun, saya lihat mereka sangat tabah, lebih lagi anak sulung, Muhammad Aiman yang sangat bertanggungjawab membantu menjaga adik-adiknya. Doa saya semoga kami semua dilindungi dan cekal dalam menempuh pelbagai ujian yang mendatang," katanya.

Ziana dan Armin yang mendirikan rumah tangga pada Mei 1998 dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhammad Aiman, 21, Muhammad Ammar, 16, serta pasangan kembar Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 11.

Konflik rumah tangga pasangan ini tercetus pada Mac 2018 apabila timbul dakwaan Armin mendera anak lelaki mereka. Ekoran kejadian itu, Ziana membuat laporan polis, selain bertindak memfailkan perceraian.

Armin menamatkan kemelut yang melanda perkahwinan mereka apabila menceraikan Ziana dengan talak satu pada Julai, tahun yang sama. 

© New Straits Times Press (M) Bhd

More From Harian Metro

image beaconimage beaconimage beacon