You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

2 lelaki didakwa culik ‘Datuk’, tuntut tebusan RM19 juta

Free Malaysia Today logo Free Malaysia Today 17/2/2017 Bernama

polis_ah-long_ringgit_600 © Provided by MToday News Sdn Bhd polis_ah-long_ringgit_600 KUANTAN: Dua lelaki dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menculik seorang ahli perniagaan bagi mendapatkan wang tebusan RM19 juta, hampir 2 tahun lepas.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh Ang Boon Leong, 39, dan Lim Sin Chye, 44, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Zaihan Mohamad Ali.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka bersama-sama 2 orang yang sudah dituduh dan 3 lagi yang masih bebas melarikan dan mengurung secara salah mangsa, Datuk Chin Yoke Choon, 54.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan tempat letak kereta Hotel Seri Manja Boutique B2-34, Jalan Indera Mahkota 7/1, Bandar Indera Mahkota di sini, pada 5.55 petang, 26 Disember 2015.

Mengikut fakta kes, mangsa, seorang pengarah eksekutif syarikat pasar raya besar, hartanah dan pembinaan diculik sekumpulan lelaki berpakaian seragam polis yang menaiki “kereta peronda”.

Kedua-dua tertuduh itu didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 (Semakan 1989) (Akta 365) dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh digantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan sebatan.

Noor Zaihan menetapkan 28 Februari untuk sebutan semula kes berkenaan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Asyraf Md Kamal.

Sementara itu, kedua-dua tertuduh itu turut dihadapkan di Mahkamah Sesyen secara berasingan iaitu Ang di Mahkamah Sesyen 4 manakala Lim di Mahkamah Sesyen 1 atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang iaitu Geng William.

Bagaimanapun, Lim mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Unaizah Mohd manakala Ang pula mengaku salah di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

Mengikut pertuduhan, Lim dituduh melakukan kesalahan itu antara awal Julai 2015 hingga 4 Februari lepas manakala Ang pula didakwa melakukan kesalahan berkenaan antara Mei 2015 hingga 21 Januari lepas.

Sehubungan itu, mereka didakwa melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 130V (1) Kanun Keseksaan iaitu boleh dihukum penjara minimum 5 tahun dan maksimum 20 tahun jika disabitkan kesalahan.

Unaizah dan Siti Aminah masing-masing menetapkan 28 Februari ini sebagai sebutan semula kes untuk memindahkan kes berkenaan ke Mahkamah Tinggi selain menunggu keputusan laporan kimia serta DNA.

Ang dan Lim tidak dibenarkan diikat jamin berikutan penahanan itu dibuat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Pendakwaan kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Shahrul Ekhsan Hasim manakala kedua-dua tertuduh berkenaan tidak diwakili peguam.

You might like:

Shortest cabinet tenures

White House National Security Advisor Michael Flynn (C) arrives prior to a joint news conference between Canadian Prime Minister Justin Trudeau and U.S. President Donald Trump at the White House in Washington, U.S., February 13, 2017. REUTERS/Carlos Barria      TPX IMAGES OF THE DAY Shortest cabinet tenures


More From Free Malaysia Today

Free Malaysia Today
Free Malaysia Today
image beaconimage beaconimage beacon