You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Altimet cari cabaran baru

Harian Metro logoHarian Metro 25/4/2018 Ardini Sophia Sina

hellinie@hmetro.com.my

Ikut resmi air. Begitulah Altimet dalam penghasilan album berjudul Air yang memuatkan empat lagu berbahasa Malaysia dan satu lagu Inggeris itu.

Menurut penyanyi hip hop berusia 39 tahun ini, dia berjumpa beberapa komposer dikenalinya dan meminta mereka menghasilkan lagu untuknya.

Cuba mencari cabaran baru, Altimet tidak memilih aliran muzik untuk album keempatnya ini. Dengan cara itu, dia boleh meningkatkan prestasinya.

“Jika diisi air dalam bekas silinder maka ia pun berbentuk seperti itu. Begitulah saya mengandaikan diri ini. Saya adalah ‘air’ dan berubah mengikut lagu yang diberikan.

“Kali ini saya serahkan penghasilan sepenuhnya kepada beberapa komposer. Cuma, tidak lari jauh daripada muzik saya kerana mereka pun sudah cukup tahu susunan lagu yang selalu saya ketengahkan,” katanya.

Selain itu, keputusannya untuk bersara pada penghujung tahun ini masih kukuh. Tidak ada tanda Altimet akan membatalkan hasratnya itu.

Ditanya sama ada dia sudah berpuas hati dengan pencapaiannya, Altimet berkata, dia sememangnya selalu berpuas hati dengan hasil kerja yang dilakukannya.

“Namun ia hanya ketika itu. Contohnya saya puas hati dengan lagu Amboi ketika ia dihasilkan.

“Apabila ingin muncul dengan lagu baru, saya akan pastikan ia jadi lebih baik daripada sebelum ini,” katanya.

Walaupun hanya tinggal beberapa bulan saja lagi sebelum meninggalkan status sebagai penghibur, Altimet sedikit pun tidak memperlahankan rentak.

Dia sibuk dengan persembahan dan mempromosikan lagu Bunga. Selain itu, Altimet juga sedang menyiapkan album terakhirnya yang menjadi titik noktah buat kerjayanya sebagai penyanyi.

a person standing in front of a brick building: ALTIMET © Provided by Media Prima ALTIMET

“Kalau orang lain sebelum bersara mungkin akan relaks, tapi saya tidak. Saya terus buat kerja 100 peratus. Selagi ada ruang untuk berkarya, saya akan buat.

“Album berjudul Oh akan menemui peminat penghujung tahun ini. Saya berharap buah tangan terakhir itu diterima baik,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

image beaconimage beaconimage beacon