You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

'Azmin tidak dipinggir, semua kem Anwar'

Berita Harian logoBerita Harian 12/9/2018 Oleh Mohd Anwar Patho Rohman; Syed Umar Ariff; Fahmy Azril Rosli dan Esther Landau

cnews@nstp.com.my

PETALING JAYA: PKR sebulat suara menerima pendirian Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di Parlimen Port Dickson, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata, semua pemimpin PKR, termasuk Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak dipinggirkan dalam membuat keputusan berkenaan.

"Anwar sebut sekarang semua 'kem Anwar'. Saya hendak sebut bahawa apabila sejumlah Ahli Parlimen menawarkan kerusi, beliau (Anwar) tidak tanya dari kem mana.

"Akhirnya, proses rundingan bermula dan semalam kita bentang kepada Biro Politik dan semua anggota berpeluang memberi pandangan dan keputusan dibuat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, hari ini.

Terdahulu, penyandang kerusi Parlimen Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah mengumumkan mengosongkan kerusi berkenaan berkuat kuasa serta merta.

Keputusan itu dibuat bagi membolehkan Anwar berpeluang menjadi Ahli Parlimen menerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) dan seterusnya menjayakan rancangan Pakatan Harapan (PH) untuk mengangkatnya sebagai Perdana Menteri kelapan.

Yang turut hadir, Naib Presiden PKR, Dr A Xavier Jayakumar dan Rafizi Ramli; Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul; Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil dan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew.

a group of people posing for the camera: SETIAUSAHA Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail bersama Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini. - Foto Aizuddin Saad © Provided by Media Prima SETIAUSAHA Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail bersama Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini. - Foto Aizuddin Saad

Sementara itu, Rafizi berkata, keputusan Anwar memilih kerusi Parlimen Port Dickson dan bukan Parlimen lain bukan kerana bimbang tidak mendapat sokongan pengundi Melayu, sebaliknya adalah untuk memenuhi konsensus dicapai Pakatan Harapan (PH).

"Maka, dalam membuat keputusan, sudah tentu kami mengambil kira semua perkara dan bila keputusan dicapai kami percaya fokus kami untuk turun bantu kemenangan beliau.

"Malah tiada penolakan undi di kawasan Melayu ," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

image beaconimage beaconimage beacon