You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Cucu P Ramlee enggan kuruskan badan, bukan ukuran lakonan

Malay Mail logo Malay Mail 12/9/2018 Aliff Fikri Aziz
a person standing in front of a fence: Pelakon Najua P Ramlee enggan mengambil produk makanan tambahan untuk menguruskan badan. — Foto ihsan Facebook/Najua Pramlee © Provided by Malay Mail Pelakon Najua P Ramlee enggan mengambil produk makanan tambahan untuk menguruskan badan. — Foto ihsan Facebook/Najua Pramlee

KUALA LUMPUR, 12 Sept — Pelakon Najua P Ramlee menegaskan tiada keperluan untuknya menguruskan badan seperti artis lain.

Malah, cucu Tan Sri P Ramlee sudah “terbabit dengan banyak aktiviti berat lain” selain bersenam, lapor Harian Metro.

“Saya boleh saja mahu kurus cuma ‘rangka’ saya mengikut arwah bapa (Nasir P Ramlee) dan datuk yang sememangnya besar, nak saya kecil bagaimana lagi?” soal pelakon Peah Singa.

Graduan teater Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), 32, juga enggan mengambil produk makanan tambahan untuk kurus.

Tidak kisah bentuk badannya “naik atau turun”, pemilik nama asal Najua Mohd Nasir berkata tubuh kurus bukan ukuran mendapatkan “tawaran berlakon”.

“Saya hanya fikir ini adalah periuk nasi dan saya okey! Lagipun, saya juga aktif dalam pementasan teater sejak dulu,” katanya.

Related ArticlesMawi terbit buku dedah kisah mistik dirinyaDikecam nyanyi lagu 'lucah', Aliff Syukri ditawar bernasyid‘One Two Jaga’ dicalon dalam festival filem di Poland

More From Malay Mail

image beaconimage beaconimage beacon