You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Dana 1MDB dilabur dalam kelab malam di AS

Berita Harian logoBerita Harian 7/9/2018 Oleh Safeek Affendy Razali

cnews@nstp.com.my

© Provided by Media Prima

KUALA LUMPUR: Lebih RM3.5 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dipercayai dilaburkan bagi membiayai sebuah kelab malam mewah Hakkasan di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS).

Perkembangan terbaru itu dikesan hasil siasatan oleh Jabatan Keadilan (DoJ) AS terhadap bekas Pengerusi Kumpulan Hakkasan, Khadem Al-Qubaisi.

Khadem ditahan pihak berkuasa Abu Dhabi, minggu lalu, kerana peranannya bekerjasama dengan ahli politik, syarikat perbankan dan penghibur dari seluruh dunia selepas dipercayai terbabit dalam skandal 1MDB.

Antara sebahagian besar aset hartanah milik Khadem yang sudah dirampas adalah premis hiburan Hakkasan dan Omnia, di mana sebanyak AS$10 bilion dana digunakan untuk membiayai kos operasi Hakkasan.

Menurut portal media asing, Khadem mula muncul dalam industri hiburan kelab malam di Las Vegas ketika industri berkenaan mengalami kemelesetan sejak 2008.

Kelab Hakkasan juga menjadi antara kelab mewah pilihan utama pengunjung di Las Vegas kerana pemiliknya menghabiskan sejumlah besar wang khusus untuk sistem tarian muzik elektronik yang memenuhi kehendak golongan remaja selain membawa artis ternama pada setiap hujung minggu.

Hakkasan yang dilancarkan pada 2013 adalah hasil perkongsian antara Khadem dan usahawan industri hiburan malam Britain, Neil Moffitt.

Kumpulan Hakkasan pernah muncul sebagai pemilik pusat hiburan utama kelab malam yang semakin berkembang di Las Vegas sebelum mereka membuka sebuah lagi kelab malam mewah iaitu Kelab Ombia dua tahun lalu.

Sebelum ini Sarawak Report pernah mendedahkan dokumen mengenai bagaimana modal yang disedut dari 1MDB digunakan bagi membiayai kelab Hakkasan.

Kandungan dokumen itu mendedahkan bahawa syarikat Vasco Trust, menerima wang dari 1MDB menerusi pelaburan sebelum memindahkan wang berkenaan kepada beberapa syarikat induk Kumpulan Hakkasan seperti Hakkasan Group dan Tasameem Real Estate LLC yang dimiliki oleh Khadem.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Lihat berita lain di MSN:

1MDB scandal timeline

image beaconimage beaconimage beacon