You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

'Doakan terus istiqamah'

Berita Harian logoBerita Harian 12/9/2018 Oleh Zaidi Mohamad

KUALA LUMPUR: Sekembali daripada mengerjakan ibadat haji bersama suami tercinta, Fouziah Gous manis bertudung hingga mula menarik perhatian netizen.

Menghubungi pelakon drama Tahajjud Cinta ini, Fouziah berharap terus beristiqamah dan tetap pendirian.

“Insya-Allah... Doa baik-baik untuk hal ini (bertudung). Saya bukan manusia yang sempurna.

“Sebelum ini, saya pernah mencuba termasuk selepas beberapa kali mengerjakan umrah.

“Malah, selepas berkahwin. suami menyuruh saya memakai tudung. Tapi saya tak mahu buat semua itu atas paksaan atau suruhan orang lain.

a little girl posing for a picture: Fouziah Gous kelihatan manis berhijab selepas pulang dari mengerjakan ibadat haji. - Foto IG Fouziah Gous © Provided by Media Prima Fouziah Gous kelihatan manis berhijab selepas pulang dari mengerjakan ibadat haji. - Foto IG Fouziah Gous

“Saya mahu lakukan ini secara perlahan. Biar saya menganjak ke hadapan dalam hal ini, bukannya ke belakang,” katanya kepada BH Online.

Fouziah berkata, dia bertudung bukan kerana hendak menunjuk dirinya baik.

“Cuma sebagai manusia, kita sentiasa mahu memperbaiki diri dan berusaha menjadi lebih baik daripada sebelumnya,” katanya.

Mengenai kerjaya seni, isteri kepada Md Zhafran Md Yusof memberitahu, semua urusan seperti biasa.

“Jika diikutkan, sebelum saya pergi menunaikan haji, memang ada produk yang menawarkan kerja. Cuma dengan keadaan sekarang, saya tawakal... Kalau ada rezeki, adalah.

“Bagaimanapun saya memanjat kesyukuran ada dua produk yang menerima perubahan ini dan meneruskan tawaran,” katanya.

Tambah Fouziah, dia tidak berselindung dengan pengeluar produk terbabit bahawa dirinya sudah berhijab.

“Misalnya, bagi suatu produk ini, saya akan mulakan penggambaran esok. Syarikat terbabit menghantar paparan skrin imej bertudung saya selepas ditanya mengenai rujukan pakaian yang perlu digayakan.

“Saya percaya pengeluar produk sudah mula terbuka dalam hal ini,” kata ibu kepada Muhammad Zeeshan dan Zaheen Yusof ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

image beaconimage beaconimage beacon