You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Fee 'dipaksa'...

Harian Metro logo Harian Metro 12/9/2018 Syafil Syazwan Jefri

syafil.syazwan@hmetro.com.my

PENYANYI, Fee Haiqal, 25, mengakui, pernah ‘dipaksa’ oleh peminat supaya meneruskan legasi ibunya, Noraniza Idris dengan menyanyikan lagu-lagu Irama Malaysia.

Fee atau nama sebenarnya Mohd Alfeeq Haiqal menganggap industri muzik masih luas dan banyak lagi yang ingin diterokainya.

“90 peratus peminat yang datang kepada saya mengatakan bahawa saya kena menyanyikan lagu-lagu Irama Malaysia kerana ibu saya adalah penyanyi genre itu.

“Bagi saya, muzik itu luas. Kalau ibu saya adalah penyanyi genre Irama Malaysia, tak semestinya saya perlu menyanyikan genre sama hanya kerana saya adalah anaknya,” katanya kepada Harian Metro.

a person in a suit and tie: Fee lancar single kedua berjudul Matahari. FOTO HM DIGITAL/AZIAH AZMEE © Provided by Media Prima Fee lancar single kedua berjudul Matahari. FOTO HM DIGITAL/AZIAH AZMEE

Menurut Fee yang kini muncul dengan single kedua berjudul Matahari, dia bagaimana pun ada meminta nasihat daripada ibunya.

“Walaupun genre muzik saya dan ibu berbeza, saya masih lagi mengambil pendapat dan menerima nasihatnya.

“Dia nak saya berdikari dan naik dengan nama saya sendiri,” katanya.

Terbaru, Fee hadir dengan single keduanya, Matahari yang dilancarkan secara digital pada 24 Ogos lalu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

More From Harian Metro

image beaconimage beaconimage beacon