You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

'Hati ini... lebih tenang sekarang'

Harian Metro logoHarian Metro 12/9/2018 Norhayati Nordin

yati@hmetro.com.my

PENYANYI, Noryn Aziz, 42, akui selesa berfikiran positif dan tenang kerana baik untuk kesihatan dirinya.

Noryn atau nama sebenar, Norazmahwati Abd Aziz ditemui berkata dia kini sangat utamakan penjagaan kesihatan.

Menurut penyanyi lagu Fantasi O Realiti ini, sebagai manusia biasa semestinya tidak lari daripada tekanan.

“Terutama, apabila membabitkan peribadi. Justeru, pada usia sudah mencecah 40-an ini, saya tidak mahu terlalu fikirkan masalah.

“Sekarang, lebih penting untuk saya sayang diri sendiri dan utamakan kesihatan kerana anak masih kecil.

“Anak tunggal saya, Raja Bariq Umar Shah pun baru berusia empat tahun dan dia sangat perlukan perhatian,” katanya.

Ditanya juga mengenai kemelut rumah tangganya dengan ahli perniagaan, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, ia enggan diulas.

“Setiap orang ada masalah masing-masing dan doakan saja yang baik-baik untuk saya serta keluarga

“Tidak ada apa yang perlu diulas dan saya kini positif kerana segala-galanya demi kebahagiaan Umar.

“Anak adalah yang paling utama pada saya. Apatah lagi, saya dan Umar sangat rapat dan tidak boleh berjauhan,” katanya.

Noryn yang sudah dua dekad menceburi nyanyian sangat dikenali sebagai penyanyi R&B dan Jazz.

a scarf on her head: Noryn Aziz. FOTO HM Digital © Provided by Media Prima Noryn Aziz. FOTO HM Digital

Sehubungan itu, Noryn kini dalam proses untuk membuat ‘kemunculan semula’ dalam bidang nyanyian.

Berganding dengan Hazama, Noryn akan muncul dengan single duet Percayakan Hati Kita ciptaan Ajai.

Single Percayakan Hati Kita juga dipilih sebagai lagu runut bunyi (OST) filem Kalla yang akan menemui penonton di pawagam tanah air pada 11 Oktober nanti

© New Straits Times Press (M) Bhd

image beaconimage beaconimage beacon