You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Iron Lady, Maznah Hamid meninggal dunia

Berita Harian logoBerita Harian 4/10/2017 Oleh Fazrik Kamarudin

bhnews@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce Sdn Bhd, Datuk Maznah Hamid meninggal dunia jam 6 petang tadi.

Maznah, 62, menghembuskan nafas terakhirnya di Institut Jantung Negara (IJN) di sini, selepas dimasukkan ke wad berkenaan bagi merawat komplikasi jantung yang dihidapinya.

Maznah, yang terkenal dengan gelaran Iron Lady sebelum ini dilaporkan stabil selepas selesai menjalani pembedahan pada Jumaat lalu.

Perkara disahkan oleh pembantu peribadinya ketika dihubungi BH sebentar tadi.

MAZNAH Hamid © Provided by Media Prima MAZNAH Hamid

"Jenazah Allahyarham akan di bawa pulang ke rumahnya di Ukay Heights, Ampang, Selangor pada jam 10 malam ini.

"Solat jenazah akan diadakan selepas solat Asar di Masjid Darul Ehsan , Taman Tun Abdul Razak, Ampang selepas solat Asar, petang esok.

"Kemudian, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Raudhatul Sakinah, Taman Selasih , Kuala Lumpur," katanya ketika dihubungi.

© New Straits Times Press (M) Bhd


In case you missed this: 

People We Lost In 2017
xx People we lost in 2017
(content provided by Microsoft GES)

image beaconimage beaconimage beacon