You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Jasad mangsa buli Nhaveen selamat disemadikan

Free Malaysia Today logo Free Malaysia Today 16/6/2017 Bernama

Nhaveen4 © Provided by MToday News Sdn Bhd Nhaveen4 GEORGE TOWN: Jasad mangsa buli, T. Nhaveen, 18, selamat disemadikan dengan cara dibakar di Krematorium Batu Gantung hari ini.

Jasad mendiang dibawa dari Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) ke krematorium itu selepas proses bedah siasat selesai kira-kira 1.00 pagi tadi.

Ibu Nhaveen, D. Shanti dan adik perempuannya berusia 15 tahun bersama kira-kira 1,000 anggota keluarga dan sahabat handai kepada keluarga berkenaan hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada remaja yang maut akibat dibuli dan dipukul itu.

Turut memberikan penghormatan terakhir ialah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Suasana pilu dan hiba menyelubungi perkarangan krematorium itu apabila anggota keluarga dan sahabat handai mendiang Nhaveen yang memenuhi krematorium itu sejak 7.00 pagi tidak dapat menahan kesedihan sejurus melihat jasad mendiang.

Laungan “We Want Justice” oleh anggota keluarga dan sahabat handai mendiang turut kedengaran sebelum upacara keagamaan berlangsung.

Terdahulu, upacara keagamaan berlangsung selama 2 jam yang turut diiringi dengan pukulan gendang sebagai memulakan upacara.

Jasad Nhaveen kemudiannya dibawa ke pusat pembakaran pada 3.30 petang untuk proses persemadian mengikut cara dibakar.

Sementara itu, ibu saudara mendiang G. Premalatha berkata mereka sekeluarga tidak mahu menuntut apa-apa selain daripada keadilan untuk Nhaveen.

“Dengan keadilan kami yakin roh Nhaveen akan lebih tenang dan kami menuntut keadilan ini kerana tidak mahu kejadian sama berulang kepada orang lain,” katanya.

Nhaveen yang dibuli dan dipukul sehingga mengalami kecederaan parah oleh sekumpulan remaja awal pagi Sabtu lepas di Jalan Kaki Bukit, Taman Tun Sardon meninggal dunia di HPP pada 6.00 petang semalam.

Dalam kejadian pada 2.10 pagi Sabtu lepas, 5 remaja berusia antara 16 dan 18 tahun dilapor memukul Nhaveen dan rakan baiknya T. Previin menggunakan topi keledar.

Previin yang turut cedera dan kini dirawat di HPP bagaimanapun dapat melarikan diri ketika mereka dikatakan cuba diheret ke padang berdekatan.

Nhaveen yang mengalami kecederaan parah dilapor turut mengalami kesan koyak pada duburnya akibat ditusuk objek tumpul serta kesan terbakar di bahunya.

Susulan kejadian itu, polis menahan 5 remaja termasuk 2 pelajar tingkatan 4 dan 5 bagi membantu siasatan kes itu.

Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.

Remaja didera sehingga mati otak meninggal dunia

More From Free Malaysia Today

Free Malaysia Today
Free Malaysia Today
image beaconimage beaconimage beacon