You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

'Jauhi jerat cinta suami orang'

Berita Harian logoBerita Harian 12/9/2018 Oleh Feride Hikmet

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Yuna menasihatkan peminatnya supaya tidak terjebak dalam jerat cinta lelaki yang sudah berpunya dan segera menjauhi situasi itu bagi mengelak daripada terus dibelenggu masalah.

Yuna atau nama lengkapnya, Yunalis Mat Zara’ai, 31, berkata, sebagai wanita yang masih muda, mereka tidak seharusnya membiarkan diri terheret dalam masalah hidup orang lain.

“Keluar daripada hubungan itu dan jangan biarkan situasi orang lain menjadi jalan cerita kehidupan anda,” katanya dalam satu sesi soal jawab bersama peminat menerusi laman sosial, Instagram (IG) Story.

Menyifatkan dirinya sebagai wanita yang suka berterus terang, isteri kepada Adam Sinclair itu mengambil pendekatan untuk terlebih dahulu mengukuhkan ikatan persahabatan sebelum membawa hubungan ke fasa lebih serius.

“Apabila tiba masa untuk bercakap mengenai perasaan, luahkan. Tetapi, anda harus bersiap sedia dengan jawapan yang bakal diterima. Jangan malu jika anda hanya bertepuk sebelah tangan.

“Anda sebenarnya berani kerana bercakap perkara benar. Jangan buang ikatan persahabatan itu. Berterus terang perasaan sendiri membuatkan kita menjadi lebih matang.

“Jangan terbawa-bawa dengan perasaan. Kalau dia suka, baguslah, tetapi jika sebaliknya, tidak mengapa," katanya.

a person posing for the camera: YUNA gemar berkongsi pengalaman dan pandangan mengenai kehidupan bersama peminat di laman sosial. - Foto Rohanis Shukri © Provided by Media Prima YUNA gemar berkongsi pengalaman dan pandangan mengenai kehidupan bersama peminat di laman sosial. - Foto Rohanis Shukri

Penyanyi lagu Crush itu bagaimanapun, mengingatkan peminat supaya menilai setiap pandangan itu mengikut kesesuaian kerana dia hanya menjawab pertanyaan mereka berdasarkan pengalaman.

"Perlu diingat setiap hubungan berbeza dan unik, jadi jangan terlalu bergantung kepada jawapan saya. Fikir dengan mendalam sebelum berkata atau membuat sesuatu keputusan.

“Anda bertanggungjawab ke atas perhubungan sendiri. Terpulang sama ada mahu meneruskan atau sebaliknya. Jika anda masih merasai cinta, ikut cinta itu," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

image beaconimage beaconimage beacon