You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Jenazah imam Palestin dihantar pulang ke Gaza

Free Malaysia Today logo Free Malaysia Today 25/4/2018 Bernama
a man standing in front of a crowd © FMT MEDIA SDN BHD

Orang ramai mengusung keranda jenazah Fadi al-Batash keluar dari Surau Medan Idaman di Setapak untuk dihantar ke Terminal MAS Kargo KLIA, hari ini. (Gambar AFP)

SEPANG: Setelah beberapa hari tertangguh, jenazah pensyarah dan imam Palestin, Fadi al-Batash akan dibawa pulang ke tanah airnya di Gaza hari ini.

Konvoi yang membawa jenazah Batash tiba di Terminal MAS Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 3.10 petang, diiringi 2 motosikal trafik polis dan 6 kereta, termasuk kenderaan yang membawa Duta Besar Palestin ke Malaysia, Datuk Dr Anwar H Al Agha.

Turut bersama konvoi itu ialah isteri Batash, iaitu Enas yang berusia 31 tahun dan 3 anak mereka – Doaa, 6, dan Aseel, 4 serta seorang anak lelaki Mohamad yang berusia setahun.

Difahamkan, jenazah Batash dan semua ahli keluarganya akan diterbangkan ke Kaherah, Mesir dengan pesawat Saudi Airlines pada 7 petang ini sebelum dibawa ke Gaza menggunakan jalan darat.

Terdahulu, kira-kira 2,000 jemaah menunaikan solat jenazah untuk Batash di Surau Medan Idaman, Setapak.

Hari ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mendedahkan suspek yang membunuh Batash dipercayai masih berada di Malaysia.

Beliau berkata, pihaknya sukar mengesan mereka kerana dipercayai menggunakan identiti palsu, sama ada semasa masuk dan berada dalam negara.

Batash, 35, seorang pensyarah kejuruteraan elektrik, ditembak mati di luar kondominium Idaman Puteri di Setapak semasa berjalan ke Surau Medan Idaman untuk solat subuh kira-kira 6 pagi Sabtu lalu.

Dua lelaki bermotosikal dikatakan menunggu selama 20 minit sebelum melepaskan 10 das tembakan ke arahnya.

Pensyarah universiti dari Palestin maut ditembak ketika ke surau

Kes pensyarah Palestin: Polis nafi lewat tiba selepas 43 panggilan

Polis: 2 suspek bunuh pensyarah Palestin masih di Malaysia

More from Free Malaysia Today

Free Malaysia Today
Free Malaysia Today
image beaconimage beaconimage beacon