You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

KJ terima, hormat keputusan Tok Pa

Harian Metro logoHarian Metro 27/10/2018 Luqman Arif Abdul Karim

PERCATURAN Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed untuk ‘berhijrah’ ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) disifatkan sebagai keputusan peribadi dan perlu dihormati.

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin, ketika menyuarakan pendirian itu mengakui sangat menghormati bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkenaan.

"Itu keputusan peribadi Tok Pa (Mustapa) untuk berhijrah ke parti baharu. Saya sudah lama bersama dengannya dan menghormati beliau sebagai seorang pemimpin.

"Jadi, saya terimalah dan hormat keputusan dibuat Tok Pa untuk pergi ke parti baharu (BERSATU)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Forum Ekonomi Belia (YEF) 2018 di Kuala Lumpur, hari ini.

Khairy pada 18 September lalu menyuarakan rasa tidak puas hati susulan pengumuman ‘Tok Pa’ untuk keluar daripada UMNO dan menjadi ahli Parlimen bebas, selain ‘meletakkan’ punca tindakan itu angkara tindakan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjalin kerjasama dengan PAS.

Khairy Jamaluddin wearing a suit and tie: KHAIRY Jamaluddin. FOTO arkib NSTP © Provided by Media Prima KHAIRY Jamaluddin. FOTO arkib NSTP

Mengulas kenyataan Ahli Majlis Tertinggi BERSATU, Datuk Kadir Jasin bahawa kira-kira 40 ahli Parlimen UMNO akan keluar parti untuk menyertai BERSATU, Khairy berkata: "Setahu saya tiada. Saya pun tidak tahu mana angka 40 itu datang. Mungkin saya tidak terbabit atau dijemput (sertai BERSATU)."

© New Straits Times Press (M) Bhd

image beaconimage beaconimage beacon