You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Lawan Anwar di Port Dickson? Tok Mat ‘senyum’

Malay Mail logo Malay Mail 12/9/2018 Abdul Rahim Sabri
a man wearing a suit and tie: Datuk Seri Mohamad Hassan berkata Majlis Tertinggi BN akan memutuskan calon PRK Port Dickson dalam masa terdekat. — Foto ihsan Facebook/Mohamad Hasan © Provided by Malay Mail Datuk Seri Mohamad Hassan berkata Majlis Tertinggi BN akan memutuskan calon PRK Port Dickson dalam masa terdekat. — Foto ihsan Facebook/Mohamad Hasan

SEREMBAN, 12 Sept ― Datuk Seri Mohamad Hassan memberi emoji “senyum” apabila ditanya sama ada beliau bakal bertanding dalam pilihan raya kecil Port Dickson.

Enggan mengulas lanjut, timbalan presiden Umno berkata Majlis Tertinggi BN akan bermesyuarat untuk memutuskan calon dalam masa terdekat, lapor Berita Harian.

“Majlis Tertinggi BN akan membuat keputusan kelak... memutuskan siapa calon yang layak dan berwibawa [...],” katanya melalui Whatsapp kepada portal itu.

Pandangan Umno negeri dan bahagian juga diambil kira jika BN setuju meletakkan calon menentang Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, katanya.

Mesra disapa Tok Mat, beliau kini memberi tumpuan kepada petisyen kerusi negeri Rantau, dikhuatiri pilihan raya kecil diadakan semula.

Beliau juga mencadangkan calon tempatan berdepan Anwar dan sebarang pertukaran kerusi dengan parti komponen akan dibincang terlebih dahulu.

Related ArticlesKosongkan kerusi Port Dickson, PKR bukan khianati rakyatBazir, tidak perlu PRK untuk seorang individu, kata PASBukan Tok Mat, Khairy cadang Adun Linggi lawan Anwar

More From Malay Mail

image beaconimage beaconimage beacon