You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

'Maafkan saya, saya menyesal...'

Harian Metro logo Harian Metro 18/3/2019 Hasbi Sidek
a person sitting on a table: KIREN Raj, 27, meminta maaf secara terbuka dalam satu media di Wisma MCA hari ini, berhubung komen jeliknya di laman FB berhubung kemalangan maut menimpa pelakon wanita tempatan, Emily Kong. FOTO NSTP © Provided by Media Prima KIREN Raj, 27, meminta maaf secara terbuka dalam satu media di Wisma MCA hari ini, berhubung komen jeliknya di laman FB berhubung kemalangan maut menimpa pelakon wanita tempatan, Emily Kong. FOTO NSTP am@hmetro.com.my

PENUNTUT perubatan International Medical University (IMU), Kiren Raj, 27, meminta maaf secara terbuka berhubung komennya di Facebook (FB) yang berbaur lucah dan seksis ekoran kemalangan maut yang menimpa pelakon wanita tempatan, Emily Kong.

Permohonan maaf itu dibuatnya kepada keluarga mendiang Emily Kong, pihak IMU, netizen dan seluruh rakyat Malaysia.

Kiren berkata, dia sangat menyesal dengan tindakannya itu dan meminta semua pihak agar memberikannya peluang kedua, memandangkan selepas kejadian itu, dia mengalami kemurungan dan tekanan sehingga tidak dapat tidur dengan baik.

“Saya meminta maaf kepada keluarga dan rakan mendiang Emily, dan sesiapa sahaja yang terkesan dengan komen saya itu. Selepas saya menyedari mengenai komen itu, saya memadamnya kurang sejam selepas itu, namun ia sudah tular.

“Saya amat menyesal kerana komen itu menyinggung perasaan banyak pihak. Saya tidak akan mengulangi perkara seperti ini lagi dan meminta agar diberikan peluang kedua,” katanya ketika ditemui di sidang media permohonan maaf di Wisma MCA, hari ini.

Dia berkata, komennya di FB tidak menggambarkan pendirian IMU atau tenaga pengajar di kolej berkenaan.

“Saya juga meminta maaf kepada pengurusan tertinggi IMU, kakitangan, penuntut dan alumni IMU. Saya menyesal kerana perbuatan itu mencemarkan imej IMU,” katanya.

Dalam kejadian 9 Mac lalu, Kiren memuat naik komen jelik di FB sebuah portal berita mengenai kemalangan maut Emily Kong.

Komennya dalam bahasa Inggeris itu antaranya menulis, wanita tidak sepatutnya pulang sendirian selepas meninggalkan pusat hiburan dan kaum lelaki boleh membawa wanita pulang dengan selamat ke rumah, namun perlu ditukar dengan seks.

Susulan komen berkenaan tular, pihak IMU mengambil tindakan disiplin terhadap Kiren pada 11 Mac lalu selain, melakukan siasatan berhubung kejadian.

© New Straits Times Press (M) Bhd

More on Microsoft News:

Vintage photos that celebrate love during war

More From Harian Metro

image beaconimage beaconimage beacon