You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Nazim tak mahu banyak berkongsi

Harian Metro logo Harian Metro 25/4/2018 Syafil Syazwan Jefri
a man holding a sign posing for the camera: Nazim belajar daripada pengalaman. FOTO Nurul Syazana Rose Razman © Provided by Media Prima Nazim belajar daripada pengalaman. FOTO Nurul Syazana Rose Razman

syafil.syazwan@hmetro.com.my

"KAMI okay saja".

Itulah jawapan pertama diberikan oleh pelakon, Nazim Othman, 34, sewaktu ditanya mengenai situasi rumah tangganya.

Menurut pelakon drama bersiri Monalisa itu, fokusnya lebih kepada karier berbanding peribadi.

"Anda lihat saya masih mampu tersenyum. Ertinya, semuanya dalam keadaan baik. Cumanya, saya tak banyak berkongsi mengenai hal peribadi dan keluarga dengan masyarakat," katanya kepada Harian Metro.

Kata Nazim, dia juga menjadikan Datuk Rosyam Nor sebagai rujukan dalam memacu arah untuk membezakan antara hal peribadi dan karier.

"Saya nak jadi seperti Datuk Rosyam Nor. Dia sendiri pun tak banyak berkongsi mengenai keluarganya dengan khalayak.

"Saya belajar daripada pengalaman. Lagi banyak kita berkongsi, lagi banyak hal dan isu yang timbul," katanya.

Tambahnya, dia juga memperlahan perkongsian di media sosialnya kecuali perkara berkaitan karier.

"Bukan saja mengenai saya dan isteri, bahkan hal peribadi saya pun saya tak banyak kongsikan.

"Memang benar artis adalah hak milik masyarakat tetapi, itu adalah daripada sudut karier dan kalau hal peribadi, ada had yang perlu diketahui," katanya.

Isu mengenai rumah tangga Nazim dan isterinya, Bella Dally mula menjadi perbualan selepas mereka tidak lagi banyak memuat naik gambar bersama di media sosial.

© New Straits Times Press (M) Bhd

More From Harian Metro

image beaconimage beaconimage beacon