You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Polis: Tiada keperluan siasat Jho Low hubungi Daim

Free Malaysia Today logo Free Malaysia Today 7/9/2018 Bernama
Daim Zainuddin wearing glasses © Provided by FMT MEDIA SDN BHD

KUALA LUMPUR: Tiada keperluan bagi polis memanggil Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) Tun Daim Zainuddin yang mendedahkan ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho atau Jho Low menghubunginya bagi membincangkan skandal 1MDB.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata ini kerana perkara berkenaan bukanlah sebahagian daripada siasatan polis.

“Sekarang ini kami masih lagi mengumpul bukti (1MDB) untuk menyelesaikan siasatan kes berkenaan.

“Bagi saya tiada keperluan memanggil beliau (Daim) untuk diambil sebarang keterangan kerana ia bukan dalam siasatan polis,” katanya dalam sidang akhbar majlis penutup seminar jawatankuasa antarabangsa Palang Merah, hari ini.

Selain itu, Noor Rashid berkata pihaknya mengemukakan notis merah kepada pihak Interpol bagi mengesan Jho Low.

“Siasatan kes 1MDB masih diteruskan seperti biasa,” katanya yang enggan mengulas lanjut perkembangan kes itu.

Semalam, Daim mendedahkan Jho Low ada menghubunginya beberapa kali berhubung isu 1MDB.

Selain itu, Jho Low juga ada menghubunginya ketika bekas menteri kewangan itu menggesa ahli perniagaan berkenaan pulang ke Malaysia jika dirinya tidak bersalah dalam skandal 1MDB.

Jho Low pernah menawarkan diri untuk membantu dalam kes 1MDB ketika kunjungan Daim ke China pada Jun lalu, namun beliau enggan melayan permintaan ahli perniagaan kontroversi itu.

More from Free Malaysia Today

Free Malaysia Today
Free Malaysia Today
image beaconimage beaconimage beacon