You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Rakyat Malaysia didakwa sebabkan kemalangan di Australia

Free Malaysia Today logo Free Malaysia Today 21/4/2017 FMT Reporters

australis_man_law_acdnt_600 © Provided by MToday News Sdn Bhd australis_man_law_acdnt_600 PETALING JAYA: Seorang lelaki warga Malaysia dihadapkan ke Mahkamah Majistret Joondalup, Australia hari ini atas dakwaan menyebabkan kemalangan besar di Australia Barat, Ahad lalu.

Kemalangan yang berpunca daripada lelaki berusia 31 tahun itu begitu serius sehingga menyebabkan lokasi nahas di Indian Ocean Drive terpaksa ditutup kepada lalu lintas bagi membolehkan mangsa cedera diselamatkan dan kenderaan rosak dialihkan.

The West Australian melaporkan rakyat Malaysia itu menghadapi 2 pertuduhan memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kecederaan parah dan 2 dakwaan memandu dengan cuai yang mendatangkan kecederaan.

Menurut laporan itu, nahas yang berlaku pada jam 1 tengah hari, 16 April lalu begitu besar sehingga menyebabkan helikopter terpaksa dikejarkan ke tempat kejadian untuk menyelamatkan mangsa cedera.

Akhbar itu melaporkan warga Malaysia itu didakwa memandu kereta Toyota Corolla dan bertembung sebuah kereta Mazda di Teluk Breton, dekat Lancelin. Impak pelanggaran itu menyebabkan 2 kenderaan terbabit terbabas, di mana Mazda berkenaan bergolek beberapa kali sebelum berhenti.

Rakyat Malaysia itu cedera parah dan diterbangkan ke Hospital Royal Perth, manakala 2 lagi cedera ringan.

Menurut laporan itu, 3 lagi mangsa cedera dibawa ke hospital dengan ambulans.

More From Free Malaysia Today

Free Malaysia Today
Free Malaysia Today
image beaconimage beaconimage beacon