You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Tauke timang anak ketujuh

Berita Harian logoBerita Harian 27/10/2018 Oleh Nurulhisham Abdul Latiff

nurulhisham@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Pelawak, Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria, 42, menyambut kelahiran anak ketujuhnya, malam tadi.

Bintang Abang Long Fadil dan Rempit Sampai Langit itu berkongsi berita gembira terbabit menerusi Instagramnya, kira-kira 20 jam lalu.

“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT. Isteri, @nadiayaya6 selamat melahirkan anak perempuan di Hospital Serdang, tepat jam 8.28 malam. Terima kasih kepada yang mendoakan,” tulis pelawak itu.

Sehingga kini, perkongsian dalam bentuk video itu sudah pun disaksikan lebih 200,000 orang selain menerima lebih 1,200 komen. Rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada pelawak itu, termasuk daripada teman selebriti.

a person in a wedding dress: PELAWAK, Zamatul Amri Zakaria atau Tauke Jambu berkahwin dengan Nadia Mohd Effendi di Shah Alam, Disember tahun lalu. - NSTP/Osman Adnan © Provided by Media Prima PELAWAK, Zamatul Amri Zakaria atau Tauke Jambu berkahwin dengan Nadia Mohd Effendi di Shah Alam, Disember tahun lalu. - NSTP/Osman Adnan

Bayi perempuan berkenaan adalah hasil perkahwinannya dengan Nadia Mohd Effendi, 29.

Pasangan terbabit berkahwin pada Disember tahun lalu, di Shah Alam. Ia adalah perkahwinan keempat Tauke, selepas lima tahun menduda.

Menerusi perkahwinan terdahulu, pelawak yang juga dikenali sebagai pelakon, pengacara dan penyanyi itu dikurniakan enam cahaya mata.

© New Straits Times Press (M) Bhd

image beaconimage beaconimage beacon