You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Trend harga barang basah stabil, kata timbalan menteri

Free Malaysia Today logo Free Malaysia Today 19/3/2019 Bernama
a person standing in front of a store: (Gambar Bernama) © Provided by FMT MEDIA SDN BHD (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Trend harga barangan basah di pasaran adalah stabil dengan sebahagian mengalami penurunan harga, demikian persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chien Jen berkata, berdasarkan pemantauan kementerian terhadap 31 item bagi tempoh Januari tahun ini, 18 item mengalami penurunan harga dan 13 lagi meningkat jika dibandingkan tempoh sama tahun lepas.

Chong menjawab soalan Datuk Wilson Ugak Kumbong (GPS-Hulu Rajang) yang ingin tahu sebab harga barang basah masih lagi tinggi walaupun GST dimansuhkan.

Mengulas lanjut, Chong berkata harga barang basah dipengaruhi oleh permintaan dan penawaran, bukan oleh GST manakala pelaksanaan SST pula hanya dikenakan kepada aktiviti lain sepanjang rantaian bekalan seperti logistik dan input pertanian.

More from Free Malaysia Today

Free Malaysia Today
Free Malaysia Today
image beaconimage beaconimage beacon