You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Vincent Tan nafi labur AS$250 juta

Harian Metro logoHarian Metro 12/9/2018 BERNAMA
Vincent Tan smiling for the camera: TAN. FOTO Arkib NSTP © Provided by Media Prima TAN. FOTO Arkib NSTP

PENGERUSI Eksekutif Berjaya Corporation Bhd, Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun menafikan melabur AS$250 juta dalam projek yang dikenali sebagai "The Formula".

Beliau berkata demikian ketika merujuk kepada artikel media dalam talian yang bertajuk "Vincent Tan membalas jasa orang ramai dengan projek terbarunya", iaitu "The Formula", platform perdagangan saham yang dikatakan yang menggunakan algoritma yang membolehkan dagangan dilaksanakan melaluinya untuk melabur dalam pasaran saham dengan ketepatan 80 peratus.

“Saya ingin menafikan yang saya sudah membuat pelaburan dalam projek ini atau saya terbabit dengannya.

“Tidak ada kebenaran dalam laporan ini yang saya percaya dilakukan oleh orang yang tidak bertanggungjawab untuk menipu orang ramai," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tan berkata, ini bukan kali pertama namanya digunakan tanpa pengetahuan atau kebenarannya bagi tujuan memberi kredibiliti kepada penipuan pelaburan dalam talian.

“Saya sulah melaporkan perkara ini kepada pihak berkuasa yang berkaitan supaya tindakan yang sewajarnya dapat diambil.

“Saya menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan janji-janji untuk kaya cepat agar tidak menjadi mangsa penipuan seperti ini,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

image beaconimage beaconimage beacon