You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Zakir Naik lain, Khomeini lain, kata Zaid

Free Malaysia Today logo Free Malaysia Today 21/4/2017 FMT Reporters
zaid-ibrahim_Ibrahim-Ali_600 © Provided by MToday News Sdn Bhd zaid-ibrahim_Ibrahim-Ali_600

PETALING JAYA: Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim tidak setuju dengan hujah Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang cuba membuat perbandingan di antara pendakwah kontroversi Zakir Naik dan pemimpin revolusi Islam Iran, dalam mempertahankan status penduduk tetap (PR) yang diberikan kerajaan.

“Ayatullah Khomeini tidak berdepan tuduhan jenayah seperti pengubahan wang haram,” kata Zaid merujuk tokoh Iran itu, selepas Ibrahim berkata Malaysia berhak melindungi Zakir seperti mana kerajaan Perancis pernah memberikan suaka politik kepada Khomeini.

Pada 1978, Khomeini, yang memimpin Revolusi Islam Iran yang menggulingkan kerajaan Shah pada tahun berikutnya, diberikan suaka politik oleh kerajaan Perancis.

Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Zakir, yang dikehendaki pihak berkuasa India atas dakwaan pengubahan wang haram dan mempromosi kebencian antara agama, dikurniakan status PR 5 tahun dulu.

Zaid berkata perbandingan yang dibuat Ibrahim tidak kena.

“Khomeini juga tidak pernah menuduh agama lain tidak berguna dan tidak membuat ucapan menghasut, beliau hanya menentang Shah,” kata Zaid.

Hujung minggu lalu, Zakir ketika menghadiri majlis anjuran Perkasa, mendakwa beliau akan diseksa jika beliau kembali ke India, dan mencadangkan beliau disoal siasat menerusi kaedah tele-sidang seperti Skype.

Seperti Perancis lindungi Khomeini, hak Malaysia lindungi Zakir, kata Perkasa

More From Free Malaysia Today

Free Malaysia Today
Free Malaysia Today
image beaconimage beaconimage beacon