You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Agensi persekutuan di Pulau Pinang kena ikut peraturan

Free Malaysia Today logo Free Malaysia Today 17/2/2017 Predeep Nambiar
State Executive Councillor Jagdeep Singh Deo © Provided by MToday News Sdn Bhd State Executive Councillor Jagdeep Singh Deo

GEORGE TOWN: Agensi kerajaan persekutuan yang mahu membina rumah mampu milik di Pulau Pinang perlu mematuhi peraturan, kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan negeri Jagdeep Singh Deo.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan yang permohonan jabatan kerajaan persekutuan untuk membina rumah mampu milik ditolak atau lewat mendapat kebenaran.

“Hanya kerana anda agensi kerajaan persekutuan, anda hendak perhatian istimewa? Jawapannya ialah tidak.

“Saya tidak ada masalah dengan agensi kerajaan persekutuan, hanya kepada mereka yang tidak mahu mematuhi peraturan,” katanya hari ini.

Semalam, Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Pulau Pinang Datuk Seri Zainal Abidin Osman mendakwa kerajaan negeri itu berat sebelah dalam meluluskan projek pembangunan perumahan, dengan menyebelahi pemaju swasta.

“Ini lebih buruk daripada diketepikan. Kami diseksa. Kami menunggu dengan sabar bagi tempoh yang lama. Mesyuarat kami dengan kerajaan Pulau Pinang ditangguhkan selama 28 kali. Ia seteruk itu,” katanya.

Zainal berkata terdapat 2 lorong dibuka bagi kelulusan cepat kepada pemaju swasta dan projek perumahan persekutuan nampaknya dimasukkan ke dalam “lorong perlahan”.

Jagdeep menolak dakwaan Zainal, berkata kejahilan agensi persekutuan terhadap undang-undang menyebabkan permohonan mereka tertangguh atau gagal mendapatkan kelulusan.

Memberi contoh permohonan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Balik Pulau, Jagdeep berkata agensi kerajaan persekutuan memohon untuk membina pangsapuri 29 tingkat, sedangkan had ketinggian di kawasan itu maksimum 15 tingkat.

Katanya, harga juga melangkaui had dibenarkan iaitu ditetapkan pada RM510,000.

Jagdeep berkata jawatankuasa perumahan negeri bertemu dengan agensi persekutuan sebanyak 16 kali, dan mengamalkan dasar pintu terbuka kepada sesiapa saja yang mahu berbincang.

Berhubung dakwaan “lorong laju untuk pemaju pilihan”, Jagdeep menolaknya dan berkata permohonan oleh pemaju besar sekalipun banyak kali ditolak sebelum ini di negeri itu.

“Tidak ada lorong laju. Hanya ada 1 lorong saja. Kami layan semua orang sama. Sila beritahu saya siapa yang dapat layanan istimewa.

“Saya baru saja luluskan projek Perda (agensi persekutuan) semalam. Mereka berjaya mematuhi peraturan, jadi permohonan mereka untuk membina rumah diluluskan,” katanya, menambah tidak adil Zainal berkata kerajaan negeri sengaja menangguhkan projek perumahan mampu milik dipohon pihak berkuasa persekutuan.

Umno kesal Pulau Pinang beri ‘laluan pantas’ kepada pemaju tertentu

More From Free Malaysia Today

Free Malaysia Today
Free Malaysia Today
image beaconimage beaconimage beacon