You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Giliran Naib Ketua Wanita PKR tegur Zuraida

Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin boleh "angkat kaki keluar dari parti" jika tidak lagi menghormati keputusan bersama yang dibuat parti. Dalam kenyataan di Facebook, Naib Ketua Wanita PKR Faizah Ariffin mempersoalkan kenyataan Zuraida antaranya memandangkan bekas ketua wanita PKR itu sendiri hadir ke mesyuarat biro politik parti itu yang membincangkan isu video seks yang mengaitkan timbalan presiden Mohamed Azmin Ali itu. Beliau mengulas kenyataan Zuraida bahawa jika beliau menjadi presiden parti itu, sudah lama Ketua Pemuda PKR Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz dipecat. Susulan pengakuan Haziq sebagai individu yang dirakam dalam video seks itu, PKR mengeluarkan surat tunjuk sebab kepadanya pada 19 Jun lalu dan keputusan itu kemudian dipersetujui biro politik secara konsensus. Haziq diberi masa 14 hari untuk berbuat demikian. Sebelum ini, Haziq juga dipecat daripada jawatan setiausaha sulit kanan kepada timbalan menteri industri utama beberapa hari selepas menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan kementerian itu. Sementara itu, Faizah berkata setiap perlakuan sumbang manusia yang melibatkan skandal akan berakhir dengan tragedi. Perkara ini masih dalam siasatan polis dan Azmin menafikan dakwaan itu sambil menyifatkan ia percubaan untuk memusnahkan kerjaya politiknya.
image beaconimage beaconimage beacon