You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.
UP NEXT
Model serah barangan kemas AS$8.1 juta kepada DOJ

'Kenapa Jho Low pilih Miranda Kerr, carilah gadis Malaysia'

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mempertikaikan tindakan ahli perniagaan kontroversi, Jho Low menghadiahkan emas permata bernilai hampir AS$10 juta (kira-kira RM45 juta) kepada bintang filem dan model Miranda Kerr daripada duit yang didakwa daripada 1MDB. "Kenapa Jho Low tak cari pada gadis cantik di Malaysia, kenapa perlu beri pada wanita Australia? Dah tak ada gadis cantik di Malaysia? Terlalu ramai gadis cantik di Pulau Pinang. Kenapa perlu bagi AS$10 juta pada model Australia? "Itu bukan duit dia, kalau duit dia kita tak kisah. Itu duit rakyat," katanya dengan nada menyindir. Beliau berkata demikian pada sidang media semalam. Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat mendakwa hartawan kelahiran Pulau Pinang Jho Low dan sekutunya Eric Tan membelanjakan AS$200 juta untuk membeli kemas. Walaupun DOJ tidak senaraikan semua pembelian yang didakwa itu, ia bagaimanapun mendakwa bahawa Low sahaja membelanjakan sekurang-kurangnya AS$9.9 juta untuk barang kemas untuk model Australia, Miranda Kerr serta untuk ibunya sendiri. Low juga didakwa membelanjakan AS$28.6 juta untuk barang kemas untuk isteri Malaysian Official 1. Menurut DOJ, pembelian pertama yang direkodkan oleh ahli perniagaan itu yang didakwa menggunakan wang yang berkaitan dengan 1MDB bermula sejak 2012 apabila dia membeli cincin berlian dan padanan anting-anting berlian untuk ibunya. Bersama-sama dengan cincin pertunangan dengan "wanita yang tidak dikenali", jumlah bil Low untuk barang kemas dari Lorraine Schwartz ialah AS$2.84 juta.
image beaconimage beaconimage beacon